Wednesday, 10 August 2016

Hati ini meronta-ronta sebenarnya...




Yuhuuu.....
Mama ni sebenarnya kepingin sekali nak jadi rajin macam dulu update blog hari-hari. Seronok bila hujung tahun buka blog ada beratus entry . Tapi ya Allah kadang-kadang tu malas ya amat nak menaip, alangkah nak taip entry merapu pun malas inikan pula nak taip minit mesyuarat.....kikiki....
Gambar raya ? ala kita lupa la sat gambaq raya tu sebab mama segan la plak nak scan gambaq tu. Dah ambik dari kedai gambaq dah tapi depa bagi hardcopy ja. Nanti la. Nak best lagi kita combine dengan raya haji je la...




Audra dah cekap berjalan tau sekarang ni. Hari tu dia dok pegang-pegang kasut kawan kat taska, pastu ada sorang baby tu pakai kasut bunyi-bunyi tu, bising mulut audra cakap, agaknya dia bagitau mama dia nak jugak kasut tu kot. So mama pun belilah satu untuk dia pakai hari-hari. So sekarang sombong tau dia, dah takmau mama dukung dia ,turun je dari kereta, no way nak dukung-dukung dah, anje nak jalan sendiri. Balik rumah tv dia conquer, kalau tak buka yang boleh buat dia stick depan tu dia akan menggeledah satu rumah, buka habih semua laci. Sangat mama rasa berbau ugutan di situ, macam... kalau tak bagi yang ni, i buat sepah... nasib baik la hang baby lagi anakku...


Kakak Kayra macam biasa, sampai ja kat rumah bila balik dari qiraati petang mesti mamapapa nak kena bising-bising-bising. Kayra letak beg kat tempat beg, kayra ambik baju dah pakai letak dalam bakul, kayra, water tumbler letak kat dapur ....haih macam-macam. Semua nak kena cakap, semua  nak kena suruh, buka tak tau rutin harian macammana tapi tetap nak kena berletiaq jugak. Kalau papaMama buat diam, kakak Kayra akan join Audra tengok youtube lagu kanak-kanak la sampai maghrib. ( Audra favourite dia tengok Dave and Eva sekarang ni tau). 



Time tengok buku plak, kalau mamapapa kat bawah lagi malam tu, kalau nak suruh kakak naik bilik buat homework mesti nak audra temankan sebab kaka tu penakut. Tau je la kalau anje teman, kakak mana boleh buat kerja, sekali habih bilik kakak dia selerakkan. Nak kena mama ada sekali jugak. Pening. Audra ni jenis mulut tak bunyi tapi tangan berjalan. 


Gambar atas tu, time kakak demam. Nak bagi dia diam mama umpankan sekejap dengan tab. Tapi bukan sepanjang masa depa dengan  tab dan tv, rumah kita dah macam nursery, mainan merata-rata.


Rapat sebenarnya dua beradik ni. Kakak kalau adik tak ada mesti rasa sunyi, contohnya masa demam hari tu. Dah kakak demam kan , mama hantar la adik ke taska, tak boleh dia, nak juga adik ada, suruh mama ambik Audra balik. Adik plak kalau kakak tak ada mesti cari-cari. Agaknya tak lengkap family bila tak ada kakak.. Tapi kalau ada Audra mana boleh kakak nak belajar, suka menyepah audra ni. Habis laci dia buka campak barang. Sabar je la...

Dah la dulu, mama sambung lain kali. Cerita pasal anak sampai esok pun tak habis. Seronok sebenarnya jadi ibu kepada dua puteri. Depa buat kita rasa bahagia je selalu..... walaupun kadang-kadang dada ni rasa macam nak pecah.....hahahaha

xoxoxoxo

1 comment:

Mahani said...

Biasalah kakak kan pendiam sikit. Si adiklah lasak sikit. Baru meriah rumah tangga. Kalau depa tak dak sari mesti rasa tak best kan bila tengok rumah tak bersepah dan sunyi sepi. Geram ja tengok si audra tu. Lasak macam danial ka kak ida. Lari ke sana ke sini. :)

Post a Comment