Tuesday, 13 October 2015

Yang Melahirkan Dan Yang Membesarkan...




 Wan dan tok kat rumah mak long.

Mama dalam mood rindu sebenarnya. Kita baru balik dari rumah wan sabtu dan ahad hari tu. Wan dan tok nampak tak sihat sangat. Sentiasa menanti-nanti anak-anak balik. Boleh dikatakan beselangseli seminggu sekali mak long ummi dan lain-lain balik hujung minggu bagi depa tak sunyi sangat. Ye lah, jemu jugak la wan dengan tok kat rumah. Wan kan dah takleh drive disebabkan stroke hari tu. Tapi Alhamdulillah syukur sangat-sangat sekarang wan dan dapat berjalan dah walaupun bertongkat. Seminggu sekali wan akan pi fisio, terima kasih kat mak lang, pak lang, pak long dan semua yang tolong bawakkan wan ke sessi teraphy. Kalau kebetulan sesiapa balik minggu tu, depa la bawak wan, kalau tak samada mak lang atau paklong. Terima kasih semua, kita buat semua ni sebab kita sayang kan ? Tapi self confidence wan sangatlah rendah, sampaikan kita semua risau. Harap-harap sakit wan cepatlah baik. Tok pulak makin kurus (dua-dua dah kurus sebenarnya).



Ini pulak gambar terbaru yang papa snap masa kita keluar makan bihun sup kat pendang masa balik hari tu. Tok cakap wan tak makan daging lagi sejak raya haji hari tu sebab takut tekanan darah naik tapi bila mama ajak, wan nak juga ikut sebab dah jemu duduk rumah, ingatkan ada la makannan lain, rupanya sup daging semata. Wan makan juga bihun sup sikit, apa lagi pagi tu check tekanan darah , naik banyak. Mama rasa bersalah sangat. Sorry ye Wan.

Rasa sedih masa kita nak gerak balik hari tu sebab tok tanya bila nak balik lagi? InsyaAllah kita balik lagi tok, jangan risau. Kayra dengan Audra sayang sangat wan dengan Tok. 


Sayang depa dan jenguklah depa selagi depa masih ada, jangan nanti menangis rindu tapi tak tau nak cari di mana...


xoxoxox

1 comment:

  1. ~~ RM 300-800 Per Week : Home Based Data Entry Typists ~~
    Genuine Work-From-Home Employment Opportunity To Earn Extra Income.
    You only need to: -
    (1) Advertise & process customer data that is sent via email.
    (2) Working from home, cyber cafe, offices, colleges, and others.
    (3) Any time (set your own time schedule).
    Requirements:
    * Aged 16 years and above
    * Basic knowledge of computer (typing, Internet, email, etc.)
    * No prior experience necessary
    *Can work according to the instructions / guidelines
    * Full Time or Part Time is available
    Interested, please email to aanisshahira97@gmail.com to apply

    ReplyDelete