Wednesday, 22 April 2015

Dr Khairul.....second visit...




Mama rajin pulak nak upload gambaq dan buat entry baru. Sebenarnya dah ada masa sikit sebab kerja-kerja kat ofis dah settle dah sedikit sebanyak. Lagipun tak lama lagi nak cuti panjang kan. Sebenarnya kalau nak diikutkan masih banyak cerita tergantung. Tapi mama malas nak recall balik, so biarkan je la macam tu. Contohnya untuk entry perjalanan empat negeri. Memang tak settle-settle sampai kesudah nampaknya...
Untuk tidak membuang masa, biarlah mama update entry terbaru saja.

16 April 2015 kita jumpa lagi Dr Khairul. Kita itu sebenarnya refer kepada papa dan mama sebab kali ni Kayra tak ikut. kayra kena pi school. Bezanya kali ini papa ajak Tok Honey jugak.




Nampak tak tu ? Raut wajah baby no 2.  Scan kali ni paling best walaupun susah jugak nak capture gambaq muka. Tapi paling mahal sebab Dr Khairul sempat snap gambar baby no 2 senyum.




Tok Honey tgh tengok screen . Baby no 2 adalah cucu ke 8 Tok Honey. Lepas settle scan doktor tetapkan date next appointment lepas tu kita naik atas tengok wad sekejap. Ada rezeki sempatla baby no 2 lahir kat sini. Kalau tak sempat, kat mana-mana pun tak apa asalkan selamat.




Lepas keluar dari hospital tu, papa dan tok honey rasa lapaq pulak, so kita pi Hotel Panorama untuk makan sekejap. Mama tak lapar sangat so mama order saja mash potato. Sedap ni...




Dan yang ni pun mesti ada sebab mama sejak akhir-akhir ni sangat craving dengan sharksfin soup. Dapat hirup semangkuk lega rasanya. Bukan mama nak makan, baby no 2 yang nak makan ye papa...  :)




Papa snap gambar ni masa dah settle makan, mamapapa tunggu dalam kereta sebab tok Honey pi seberang jalan sekejap ke kedai kasut, dan kedai jam jugak.... Lepas tu kita balik rumah sekejap hantar kunci sebab tadi tok Yang keluaq tak bawak kunci.




Lepas hantar kunci, rehat sekejap lepas tu keluar balik sebab nak pi butik anakku nak beli baju baby. Kali ni mama tak beli banyak baju. Sebab rasanya kali ni tak perlu nak membazir sangat. Sepuluh helai cukup rasanya. Basuh hari-hari. Lagipun nanti kalau nak beli boleh beli online. Hehehehe...




Lepas beli barang baby, papaMama lepak rumah Tok Honey sat, dalam pukul 5 lebih tu gerak balik. Rasa macam awal lagi sebab nak pickup kayra kat Qiraati jam 7 malam, singgahlah kami kat Club Bukit merah sekejap makan abc. Lepas tu baru bergerak ke Transkrian. Gambar ni bukan gambar kayra hari tu, pinjam sekejap gambar keesokan harinya. 




Dan bagi mengakhiri entry kali ini. Inilah gambar baby no 2 yang Dr Khairul snap sedang tersenyum. Sangat aktif dalam perut sampai dr pun cakap baby no 2 gerak tak henti-henti. Well, jantina dah dapat tahu tapi rasa macam nak rahsiakan dulu lah. Asalkan dia sihat dan sempurna, lelaki ke perempuan mama dan papa tak kisah. 






Monday, 20 April 2015

Suria Apartment


Kejadian berlaku pada 7.3.2015. Cik Kayra merengek nak mandi swimming pool. Bukan hari tu saja dia merengek. Dah berhari-hari merengek nak mandi swimming pool. Papa dah gatal tangan, gatal telinga dah nak call book Northam Hotel Penang. Mama kata tak payah la papa, tak payah la buang-buang duit nak ke pulau sana, kayra nak berendam dalam pool saja. Kita cari la mana-mana yang dekat dan murah.

So, nak dekat dan murah, pada dua tiga malam sebelum kejadian tu, memulunla papa kita surf google yahoo semua untuk dapatkan maklumat tentang dimana ada  penginapan sebentar dan murah yang ada swimming pool supaya dapatlah anak perempuan dia yang seorang itu berendam barang sejam dua atau dalam ertikata lain sampaila si anak itu tidak merengek lagi nakkan mandi di dalam swimming pool untuk satu tempoh masa tertentu. 


Dan akhirnya, kita memilih untuk menyewa sekejap di Suria Apartment. Tau tak kat mana ?   Kat Bukit Merah tu ja. Perjalanan daripada rumah kita tak sampailah satu jam bahkan rasanya tak sampai 45 minit pun.


Dan ada swimming pool yang besar dan luas. Harap-harap puaslah hati anakanda bersiram. Anakanda sulung kesayangan papa.


Tengok tu anakanda papa. Berlenggang dia berjalan, si gadis tersayang manja, Jelingan yang manja. 
Matanya lirik-lirik selalu. Rupanya manis-manis ayu. 
Puas hati lah sangat tu...


Suria Servis Apartment yang berada dibawah pengurusan Bukit Merah Lake Town Resort. Masa kita pergi tu dalam proses untuk menamatkan pengurusan. Macammana nak cerita ek ? Ok, macam ni. Dulu Setiap bilik kat apartment ni ada owner sendiri dan ada yang masih belum terjual. So Bukit merah lake Town Resort mengambil inisiatif untuk meletakkan  satu pengurusan utuk menguruskan sewa bilik-bilik kat situ. Kiranya jadi macam hotel la, kalau nak bilik, pergi ke receptionist dan book atau call saja. Tapi lepas ni, Pengurusan tu dah takda dah, kalau nak book kena call owner sendiri (itupun kalau ada owner yang masih nak sewakan bilik).


Hari Jumaat malam Sabtu kita check in. Rasa scary jugak sebab tak nampak orang pun kat situ. Kita ambik bilik studio ja. ada dua katil single dan sofabed. Peti ais ada , kipas dan aircond . Tak lupa jugak cerek serta almari pakaian beserta tv. Ha kau, mama cerita...


Semuanya keranamu, demi kamu anakku.


Kat atas bilik tengok pool rasa bestnya dan tak sabar-sabar. Bila turun dan kolam di depan mata, adalah rasa regret sikit, poolnya tak sebersih yang disangkakan. Mungkin dah lama tak digunakan. Papa tu boleh sampai terfikir nak ajak tukar pi duduk hotel mana-mana. Tapi nak buat apa, kan kita dah bayar. Sabar je la sekejap, lagipun bukanla teruk sangat pun kolam tu.


Tapi Kayra apa kisah, yang dia tau, dia nak kolam mandi yang besar dan dia boleh berendam dan bawak mermaid tu. tapi puas la dia berendam pagi tu. Oh ya, pool buka jam 9. Sebelum itu kita menyusup keluar pi RNR beli nasi lemak. sampai sebelas setengah kita kat situ. Mama juga bawak sandwish maker dari rumah, so pagi tu kita bersarapan sandwish sardin dan nasi lemak kat tepi kolam.

tengahhari kita keluar makan lepas tu masa otw balik bilik kita singgahlah sekejap dalam theme park Bukit merah sebab cik Kayra kita ni merengek lagi nak beli pelampung pulak.


Perut mama yang dah makin membesar ketika ini, dah masuk 7 bulan dah. Bakal kakak pula dengan cheeky face, menambah rasa bahagia mama.


petang tu turun berendam lagi. kali ni dengan pelampung frozen berwarna biru. Dah sombong dah sekarang, dah takmau kolam kanak-kanak lagi. Lebih suka terapung kat kolam dewasa.


Amboi seronoknya Kayra. bagai dreams come true gitu. Nak kolam, nak pelampung. Suka bangat.

Nak dijadikan cerita, malam tu kita pi Taiping tau. Pi makan kat Taiping. Hotel panorama. Mama teringin gila sharksfin soup. Lepas makan kita masuk taiping Central. Hujan kat Taiping malam tu. Sampai apartment Suria dah hampir 11.30 malam. Ada la jugak nampak orang. Hilang sikit rasa takut.


Pada pagi itu kita sambung lagi mandi. Nak bagi puas lagi hatinya. Hai la anak...


Bertiga lagi masa ni secara rasmi, secara tak rasminya berempat tapi baby masih di dalam perut mama. InsyaAllah Mei nanti bertambah lah seorang lagi ahli keluarga kita.


ok kita checkout tengahhari tu. Singgah makan sat lepas tu gerak pi Pulau. Targetnya nak pi makan kat sana pulak. Dalam perjalanan dapat wassup group bertubi-tubi kawan-kawan dok bagitau Harun Salim bachik meninggal kat RNR Bukit Merah. Hmmmm baru saja kita kesana kelmarin beli nasi lemak, hari ni dia meninggal kat situ. Ajal tak menunggu kita kan ? Kat mana-mana pun kalau dah masanya, berpisah juga kita dengan dunia. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang yang beriman.
Berbalik kepada kisah kita, petang tu kita ke Teluk Tempoyak pulak, makan ikan bakar. Jam 6 petang baru start makan, so malam tu, pukul sepuluh jugak la kita sampai ke rumah.

Well, panjang lebar pulak cerita mama kali ni. Best jugak lepak Suria apartment tapi papa kata kalau nak lepak situ jugak lain kali, papa akan pi tengok dulu kolamnya macammana.


xoxoxo

Monday, 6 April 2015

4d scan di Colombia Hospital Taiping

Hmmmm.... 28 Februari  kita pi scan perut mama kat Colombia Hospital Taiping. InsyaAllah kali ni bersalin kat sana pulak kot. Kalau diizinkan Allah. Mama ni penakut, tak tau la macammana nak menghaapi saat-saat sakit bersalin. Masa Kakak Kayra dulu , caesarean buat kat TMC, paednya Dr Ong Boon Teik. InsyaAllah kali ni kat Colombia dengan Dr Khairul pulak. Setakat ni masih tak tau boleh delivery normal atau tak, tapi kalau ikut scan dua hari lepas baby melintang pulak, tapi masih ada masa dua tiga minggu untuk baby pusing duduk dalam keadaan normal balik. Kakak Kayra dulu memang takleh buat apa dah sebab dah songsang kepala kat atas sejak dari 7 bulan lagi tak pusing-pusing dah.
Pregnancy kali ni teruk sikit berbanding kakak Kayra dulu. Mama rasa tak larat sikit bila dah masuk 3rd trimester. Masih muntah-muntah kadang-kadang. Pastu kadang-kadang takda mood. Kesian kakak selalu kena marah dengan mama. Harap-harap perangai moody ni tak terbawa-bawa lama-lama sangat. Memanglah mama tak sabar nak terima baby baru, tapi kakak Kayra pun istimewa juga di hati mama. Lain kali mama cerita lagi pasal kakak. Kakak Kayra yang sangat baik itu.
Dah masuk 8 bulan tapi barang baby masih tak complete lagi, barang-barang merapu banyak la mama beli. Biasa la mama. Takleh tahan dengan online shop. Tapi kena sabar-sabar jugak sebab pasal gst ni, barang makin mahal pulak.

Dr Khairul. Rumah dia satu kejiranan dengan Tok Honey saja. Tapi bukan sebab tu papaMama pilih dia untuk jadi doktor mama kali ni. Sebab PapaMama memang nak doktor melayu kali ni. Boleh la selawat-selawat sikit lepas sambut baby tu. Mama ada gak pi scan 5d kat KPJ Perda, tapi gambar tak clear sangat. Kalau ada masa nanti mama tempek kat sini.



So, ini la gambar yang the best dr Khairul dapat snap. Payah sikit nak dapat gambar muka adik baby kakak Kayra ni sebab dia menghadap mama, kalau menghadap depan, senang la nak snapshoot, bak kata dr Khairul. Dr Khairul kata muka baby macam kakaknya. Well...kemana tumpahnya kuah kan, kalau tak ke nasi.


Next time mama sambung cerita lagi. Banyak nak cerita sebenarnya. Pasal kakak Kayra lagi banyak. Dah lama tak update, dah bersawang blog ni.....