Akhirnya tarikh 28 Ogos yang dinanti sudah tiba. Seronoknya macam Kayra nak sambut raya. walaupun dalam seronok tetap berdebar di dada. Ya lah kan, mana tau nanti tiba-tiba doktor kata proses penyambungan tu lambat nak sembuh dan mama kena pakai cast lagi. Jenuh la mama...
Pagi tu awal-awal lagi papa dan mama dah sampai. Pukul lapan dah hantar kad appointment dan berharap menjadi pesakit pertama yang jumpa doktor pagi tu. Tapi disebabkan awal lagi, papa tinggalkan kad kat kaunter dan kami pergi cari sarapan dulu.
Pagi itu, kosong lagi suasana kat kaunter depan.
Pukul sembilan lebih papaMama dah terpacak kat depan klinik. Tunggu dulu sebab doktor pukul sepuluh baru sampai.
Ini adalah hari terakhir kaki ini berbalut. Harap-harap tak ada aral yang melintang. Mintak-mintak jangan la doktor cakap mama kena pakai simen lagi...
Pukul sepuluh lebih sikit, nama mama dipanggil. Dan macam biasa cast dipotong...
hehehe...Kopek
Gunting kapas kat dalam tu...
Gunting kat sebelah sana pulak...
Buang cast. Huh lega...
Akhirnya, kaki ini bebas daripada memakai cast...
Lepas tu, jumpa doktor.
Doktor Tan cakap...
Buat masa sekarang, kaki itu jangan dikenakan apa-apa beban lagi sebab cast baru dibuka. Mama cuma dinasihatkan agar menggerakkan perlahan lahan pergelangan kaki tu. Dan doktor cakap lagi, kalau nak cuba-cuba berjalan, cuma boleh gunakan frame besi (yang mama selalu guna tu) dan gerakkan tapak kaki dengan gaya berjalan tapi jalan pijak terus ke lantai. Minggu depan 4 September 2013 genap 7 minggu selepas pembedahan, fisioterapi pertama mama akan dimulakan. Itu saja doktor cakap.

Balik rumah, papa sapukan minyak kat kaki mama untuk bagi kembang kuping kotoran di kaki. Bengkak kaki mama. Sakit sikit.
So, tak sabar nak mulakan sessi fisioterapi pertama mama. 4 Sepetember 2013. Genap tujuh minggu.
Mama akan belajar berjalan balik. Dalam seumur hidup ini, sekali nikmat berjalan itu ditarik balik, dibagi peluang mama merasakan ketidakupayaan ini, pengalaman ini menyakitkan tapi pastinya ada hikmah disetiap kejadian. Allah bagi signal. Mama sedar akan hal itu...
xoxoxo

No comments:
Post a Comment