Friday, 31 May 2013

GE 13....PRU 13....2013 di kampung mama....


Tarikh mengundi adalah pada 5 Mei 2013. PRU 13...



Syoknya, dah nak dekat sebulan dah. Cerita pun dah lama. Dah nak basi bagi orang lain tapi tak basi-basi lagi pada mama.
Okeh, pilihanraya kali ni mama balik mengundi kat kampung. Manakala papa lak, mengundi pos sebab beriya-iya nak jadi kerani mengundi. Mula-mula memang la rasa bermasalah sangat nak balik kampung sebab mama sekarang rasa teramat-amat malas sangat nak drive jauh-jauh waima nak balik kampung sendiri pun. akan tetapi, masalah berikut dapat diselesaikan apabila mama menumpang adik kandung sendiri aka maksu balik ke kampung di mana mama bersama Kayra dipaksa maksu kalau nak tumpang maka mama kenalah datang ke rumah mak anjang sebab mak su malas nak ambik kita kat rumah sebab jauh sangat. Lagi satu sebabnya adalah kerana mak anjang dan najla pun akan ikut balik kampung sekali.  

Gambar wan pada pagi mengundi. Gaya seorang veteran UMNO yang akan ke pusat mengundi pagi itu. Awal-awal lagi wan dah bersiap. Bersemangat.



We all pagi itu. Nampak tak pelekat kat dinding rumah tu. Amboi bukan main depa...



Ummi nak bergambar lagi dengan Abang Rabani



Ini adalah gambar suasana pusat mengundi dimana mama akan mengundi hari itu. Ramai orang. Bilik mama mengundi di atas, jadi mama boleh ambil gambar dari view atas.



Semakan daftar pemilih. Kalau ada sesiapa yang tak pasti lagi saluran mana (bilik mengundi), boleh check kat sini.



Step di dalam tempat mengundi. Kita gerak ke kakak baju oren tu, bagi ic kat dia  dan dia akan bacakan nama kita kuat-kuat. Orang kedua yang pakai topi tu akan sapu dakwat biru kat kuku dan jari telunjuk tangan kiri. Lepas tu, orang ketiga tu akan koyak kertas undi kita. Lepas dapat kertas tu, kita pi la pangkah calon pilihan kita kat tempat putih dalam gambar atas tu dan lipat terus masukkan ke dalam peti undi. 




Kat luar pintu, ada polis yang akan tunggu di setiap pintu. Tak tau apa fungsi depa, mungkin siap sedia kot-kot kalau ada kekecohan atau gangguan apa-apa kot.



Tok dah selesai mengundi.



Mereka dah selesai



Mama pun dah selesai



Bukti mama sudah melaksanakan tanggung jawab mama pada hari itu. Jari ada dakwat.




Suasana di luar pusat mengundi. Sangat meriah.



Claim jangan tak claim.



Gambar kedua calon. Kedua-duanya menang. Tahniah. Harap-harap tanggungjawab dilaksanakan dengan sempurna. Rakyat menuntut perubahan.



Sekian dulu cerita bab mengundi. 5 tahun sekali dan kenangan ini harus dicatat. Bila anak mama dah besar dan baca catatan ini, bandingkanlah dengan sistem yang diamalkan semasa itu. Tapi ingat, tiada yang dulu, tiadalah sekarang.




p/s: entry ni ditaip di hari anniversari mamaPapa ke 6, tapi mama terlupa. Sangat-sangat lupa...

No comments:

Post a Comment