Friday, 30 March 2012

Ikan Bakar again...?

Kelakar pun ada bila papa text mama ajak pi makan ikan bakar lagi. Ini gara-gara papa buka blog dan nampak gambar ikan bakar  dalam entry sebelum ni. Dari mata turun ke hati nampaknya. Mama kena tengok balik entry tu. Nampak sedap sangat ka?
Kita tau papa kita macammana kan, kadang-kadang kita semua buat gila macam ni pun disebabkan papa jugak. Masa tu mama kat econsave tengah tengok-tengok sayur apa nak masak, tiba-tiba je sms masuk ajak pi makan ikan bakar lagi. Cepat-cepat mama stop, bayar dan pi ambik Kayra kat kindy. Bersiap dan bertolak. Lepas maghrib kita dah start order dan makan.

Bergambar dulu.

Kayra dah macam siti Sifir dah mama tengok.


Mama plak, mana aci orang lain je bergambar.

Sabar menanti


Side order dah sampai.

Mama try rasa kerang dulu. Ok pass...


Ha !  papa candid us...


The soup is mine.... very nice....



Close up..


ok, pass QC...


Air asam dan pencicah..


Kepala hidangan dah sampai...


Ini papa punya...


Sekali lagi ikan bakar. Baru mama perasan ikan ni balut dengan daun pisang.



Ok. makan papa, makan sampai muntah. Setakat dua kali ni je. Lepas ni biar lama sikit baru kita makan ikan bakar balik. Kalau kerap sangat takut muak pulak nanti.
Lepas balik, ajak jumpa maksu tapi maksu malas nak keluar pulak. Takpa la. Lain kali saja kita jumpa maksu.
Kita gerak balik rumah kita. Kena tidur awal sebab Kayra nak pergi school esok pagi.

Wednesday, 28 March 2012

Ikan Bakar Teluk Tempoyak

Papa nak makan ikan bakar. Katanya nak balas dendam sebab rasa ikan masa kita makan sama-sama kat Kuala Kedah tu macam kurang sikit. Macam biasa la papa kita, kalau rasa macam kurang dengan selera mesti dia nak yang lagi sedap. masalahnya adalah dia nak cepat-cepat cari yang sedap tu. Tapi kali ni tak apa, kita dah tau kat mana nak cari, kita ke Teluk Tempoyak. Kita pernah dah kesini, jadi kita dah tau kedai mana yang nak dituju.

Jambatan Pulau Pinang. Tiap kali lalu atas ni mesti mama akan cakap kat papa, suatu hari nanti bila Kayra dah besar mesti dia akan bercerita kat kawan-kawan dia, 'mama dan papa saya dulu selalu sangat bawak saya pergi Pulau naik jambatan ni '...


Dah sampai Teluk Tempoyak. Cantik sangat permandangan.


Tengok arah sana, rasa macam nak sangat pergi jambatan tu. 


Ok, tapi mama kena tangkap gambar pelakon utama ni dulu. Pandai-pandai dia pi ambik sendiri t shirt tu nak pakai pastu cakap ' baju princess, mama'. Tang mana princess pun tak tau....


Gerai ikan bakar yang kita nak makan sat lagi.


Ha, kan kita dah sampai kat jambatan yang kita nak pergi sangat tadi ni.


Kayra tengah pilih ikan. Kita ambik ikan jenahak hari ni untuk dibakar. Ikan baru ni, isi mesti manis...


Tengah tunggu makanan. Bergambar dulu.


Kayra lagi. Tak duduk diam seminit.


Makanan dah sampai. Banyak betul pencicah, ada sos, air asam, cili potong kicap. Ada sessi memperkenalkan lauk pauk. Tiga jenis je pun.


Udang bakar sekeluarga yang sangat manis. Segar lagi sampaikan nak buang kulit pun susah.


Saudara ikan jenahak bakar. Sangat manis isinya. Sangat sedap. Teringat-ingat sampai sekarang.


Cik Puan Ketam Nipah bakar. Ada dua. satu dah masuk perut papa...


Mari kita makan sekarang. Ingat pesan mama, makan nasi putih dulu...


Mama lapar. Hmm...sedapnya ikan bakar...


Papa pun lapar. Muka puas hati dapat ikan bakar yang diidam-idamkan...


Terbukti kita memang lapar. Licin. Yang tinggal sisa-sisa tulang ikan, kulit udang dan ketam.



Makanan kita dalam harga RM 70 je. Tak la mahal sangat. Mungkin mahal bagi harga udang dan ketam tu je.  Berbaloi dengan rasa yang kita dapat. Pada mama, kalau kita dapat kepuasan dengan apa yang kita makan, mahal sikit pun tak apa.
Lepas makan kita terus balik. Esok kerja, kayra kena pergi school. Sangat sedap makan malam ni. Tidur malam agak-agak kita mimpi ikan bakar tak ?

Tuesday, 27 March 2012

Wan Dan Tok Dah Balik Umrah

Kita balik kampung dulu hari ahad tu sebab tok dengan wan dijadualkan sampai pukul  9.30 malam. Mula-mula memang rancang nak terus jemput tok dan Wan kat airport je terus tapi rasa macam tak best lak, baik balik kampung dulu lepak-lepak dari pagi. Kita sampai dalam pukul 10pagi dah kat rumah mak Lang, masak-masak dan makan, petang dalam pukul enam baru gerak ke Alor Setar. Petang tu dah dekat-dekat nak bertolak baru mak su sampai untuk gerak sama-sama.




Rasa macam nak menjerit tengok Wan dan Tok berjalan keluar dari balai ketibaan. Ala, pergi pun bukannya lama sangat tapi rasa hiba pun ada sebab dah lama Tok dan Wan idam-idam nak ke Mekah. InsyaAllah kalau ada rezeki hujung tahun ni pulak nak pergi haji.

 Tunggu punya tunggu, dah sampai dah Wan dengan Tok.


 Mak anjang cekup wan dulu. Dalam ramai-ramai adik beradik, mak anjang je yang bahasakan diri 'cek' dengan tok dan Wan. Yang lain mana ada.


 Giliran menantu plak. Abah dan Papa.


 Mak Lang dengan Tok.


 Pak lang jual kambing wan. Hahaha....


 Kita kena keluar dari situ, ramai sangat orang. Sesak nafas kalau duduk lama-lama dalam tu.


 Tok sedang cerita pengalaman kat sana. Lega tengok tok sihat masa sampai kat sini.


 Semua anak yang datang jemput.


 Semua menantu


 Cucu dan dua orang tersesat


 Gerak keluar dari situ nak ke parking lot.


 MamaPapa dengan tok. kayra mana ?  Tengah lari-lari...


 Kita makan-makan dulu sebelum semua berpecah balik. Restoran kat Kuala Kedah.


 Tunggu makanan ka semua ? Lapaq ka ?


 Orang kuat kena duduk sebelah tok dengan Wan.


 Sotong goreng tepung. Sangat rangup.


 Ikan bakar. Sedap tapi macam ada something yang kurang la. Ada rasa yang tak cukup.


 Dua orang ni kalau berjumpa. Pening kepala mama.


 Ok, dah boleh start makan.


 Dah settle semua, kita sembang pulak.


 Wazif dan Syahir yang sama-sama makin membesar.



 Sirap yang sangat tempting...


ok, dah selesai dah kan ?


Lepas makan kita semua berpecah gerak balik ke destinasi masing-masing. Pak lang bawak Wan ambik barang dulu kat travel agent office. Mak su bawak tok balik dulu. Mak anjang balik Permatang Tinggi Penang, Ummi balik Perlis. Kita lak ? Balik rumah kita la...