Tuesday, 21 November 2017

Bandung yukk...Day 4...20 Mac 2017




Assalamualaikum...

Ini hari keempat kan, dah empat hari rupanya kita kat Bandung ni. Macam dah lama je kat sini, macam kat tempat sendiri je. Hahahaha...



Kita mulakan gambar pagi keempat dengan gambar kita bertiga di meja makan sarapan pagi. Tak ada masalah dengan sarapan pagi di bandung sebab kita makan je apa yang terhidang. Anak-anak mama ok sebab ada nasi putih dengan ayam. Masakan ayam tu macam ayam masak kicap kat Malaysia, cuma manis sikit untuk mama tapi untuk anak-anak mama, no hal la.




Hari ni kita cadang nak shopping jugak sikit-sikit. So kita ke pasar baru. Mama tak la rasa nak membeli sangat sebab mama dah beli kain kat de fashion kan hari tu tapi nak la jugak jalan-jalan cuci mata. Di luar pengetahuan papa dan mama rupa-rupanya syarikat supir yang kita sewa ni ada menyediakan seorang pembantu untuk bawak kita berjalan di seluruh tempat dalam Bangunan Pasar Baru ni, dan dia juga akan tolong kita pegang barang-barang yang dibeli. Tapi mama seriously rimas la kalau ada orang yang ikut-ikut kita .





ok ini kedai yang kita singgah lama sikit sebab papa nak beli souvenir kat kawan-kawan dia. Lepas settle kat sini kita terus keluar dari pasar Baru sebab rimas  dan malas dah nak kepung-kepung anak-anak mama.




Destinasi kedua kita pi Trans Studio, Trans studio adalah taman Tema ke apa kita tak tau sangat sebab kita tak masuk pun dalam tu, kita tengok-tengok saja sebab papa cakap Audra kecik lagi, kalau masukpun apa sangat yang dia boleh main, so hari tu kita berjalan je dalam tu. Sebenarnya kita pun tak ada idea macammana Trans studio ini sebenarnya, kita main redah je. Bila masuk dalam baru tau,oooo inilah Trans Studio...




Dari luaq kita nampak ni. Kayra terus jerit, takmau naik, takmau naik. Apa la kakak ni, rileks la, jangan tunjuk sangat ketakutan tu sebab kita semua pun penakut. Ala, kita bukan nak naik pun, buat penat je jerit-jerit takut. Tapi sebenarnya nampak macam best la  bagi orang yang berani dan sukakan cabaran. Untuk mama, tak payah la nak cabar, mama masih sayang nyawa mama ni, bukan mama takut jatuh, tapi mama boleh mati kejung kat atas tu kecut perut.





oooo....lepas tengok map ni baru la kita dapat gambaran sebenar. Takpa, next trip kita explore habis habisan. Moga kita dibagi lagi kesempatan untuk datang kesini. Moga masa tu anak-anak mama dan besar dan cerdik sikit la, dah boleh kontrol Audra. Dan kakak masa tu dah berani sikit. 





Cantik dan besar tempat ni. Macam indoor theme park. Tapi takla sebesar Anchol. Audra tak pernah pi Anchol lagi, next trip mungkin papa boleh fikirkan untuk bawak kita pi Jakarta pulak lepas ni sebab Audra tak pernah pergi Tanah Abang Anchol lagi. Hehehehe....




Kita bagi depa main-main sat kat Playground dalam tu. Bayar dalam berapa seratus rupiah ke berapa ntah. Tak ingat. maklumlah dah lama. Dalam setengah jam kat dalam tu, sempat la jugak si audra kena tolak dengan mana ntah budak Indonesia. Biasa la budak-budak. Tak da la mama nak marah ke apa, mungkin tu cara dia nak berkawan.




Dah penat main, kita makan la aiskrim sekejap.Beli satu cukup la lepas tu share. Kakak pegang, kalau bagi si adik, alamat comotla baju tu. Dah la dalam tu sejuk, makan plak aiskrim, dah rasa nak menggeletar mama rasa.




So ini gambar kat luar sebelum balik. Besar Trans Studio ni, sekerat hari rasanya tak cukup, next trip kalau pi kena satu hari kat dalam ni. Kalau bukan kita pi pun, kalau orang lain pun sama, memang kena sehari. Ini cara indoor game, kalau outdoor macam Anchol kat Jakarta sana, sehari pun tak tentu cukup. Sebab tu kita suka Indonesia, sebab semuanya ada. Permandangan, budaya, kesenian, theme park semua ada....





ok, next stop is Jalan asia Afrika. Kita bergambar dulu dengan dinding ni. Cantik muralnya.





Melalui lorong ini dan menemui quote indah ini. Dan-dan mama rasa jiwa-jiwa pulak...






Gambar sekitar Jalan Asia Afrika. Ada banyak jugak hantu berkeliaran. Pastu ada bekas duit, kalau nak depa buat action menakutkan ke pastu sebagai tanda penghargaan kita bagi la sikit rupiah untuk say thanks. Depa bukan mintak sedekah tau, depa buat kerja. Kerja halal. Tak paksa pun sebenarnya. Tapi ye la kan, sebagai ganjaran sebab menghiburkan kita. Macam karya seni :) Tapi unik la tempat ni, lain sikit....




Banyak jugak hantu-hantu kat situ. Ni semua kat seberang jalan, papa yang snap. kita ada kat seberang sini sebab kakak takut hantu, so tak payah. Yang si adik ' nak hantu' 'nak hantu'....kakak plak 'kakak takut mama' 'kakak takut'...Yang si hantu tinggi lampai tu pulak dok lambai-lambai dia... hahahaha...




Ini bukan kategori hantu, so berani lah dia sekejap. Tapi please jangan sentuh, nanti meraung jugak kat situ. Inipun mama paksa senyum. Tapi tak menggerunkan ok la...





Tak jauh dari Jalan Asia-Afrika, ada Masjid Raya Bandung. Kat situ ada padang rumput sintetik yang besar, kita lepak-lepak sekejap. Bukan kita saja tau. Ramai. Lebih kurang 200 orang menyertai kita. Hahahaha..... Tempat ini dikenali sebagai Alun-alun Kota Bandung.




Melompat lah kau, berguling lah kau anak-anakku. Suka hati. Tapi nak masuk duduk dalam padang kasut kena letak luar atau masuk dalam plastik. Tapi kita takda plastik, kita lepak je tepi kasut kita. Hihihi. Takut hilang, nanti takut alamatnya balik tak berkasutlah kita....




Suasana redup sebab hari nak hujan, tak lama pun kita lepas sebab hujan. Mula-mula rintik main-main je, lepas tu mulalah rintik sungguh-sungguh. Sebelum hujan tu bersungguh-sungguh betul turun ,baik kita belah. Tapi serius cantik dan padang ni dibuat pun serius bijak, sambil tunggu masuk waktu, boleh lepak la sekejap. Idea tu idea, kita jangan rigid sangat dengan agama, itu tak bole ini tak boleh, kita kena buat sesuatu untuk dekatkan orang dengan masjid, ha sekarang, kau suka sangat melepak kan, suka sangat padang bola kan, kat lepak depan masjid, main depan masjid, azan je masuk dalam sekejap. Jadi ustajah pulak mama....




Perut kita dah lapar. Eh baru sedar dari pagi tak makan. Mama papa je la tak makan tapi anak-anak mama ada makan jajan dan milo yang mama bawak. Cuma Audra je la tak minum susu kerap macam selalu. Tapi ok je dia. Steady je. Anak-anak mama mudah adapt dengan persekitaran. Good anak-anak mama. 
Tapi papamama dah lapaq. Kena makan ni. Papa mintak supir bawakkan kita pi kedai nasi padang sebab dah empat hari kat sini kita tak makan nasi padang lagi. Tapi kedai nasi padang kat Bandung tak banyak ya. Sebab kat sini banyak makanan sunda. tapi still ada kedai nasi padang. Contohnya Kedai Nasi Padang Sederhana ni. Tapi apa ntah silapnya, mama rasa macam kureng sikit rasanya. Macam lagi sedap makanan sunda pulak. Tapi no hal la. Kita dah biasa dengan makanan Indonesia.
So macam kebiasaan restoran nasi padang yang lain, memang akan ada lambakan lauk atas meja, kita cuma ambik yang kita nak makan sahaja. Dan biasa jugak, makanan padang mahal sikit. Lagi mahal daripada makanan sunda. Mama  rasa la kan. Ikut pengalaman kita kat bandung selama empat hari kat sini.




Bandung hujan...
Perut pun dah kenyang. Kita teruskan hari-hari kita di sini. Mama nak round factory outlet lagi. Tengokla sikit-sikit lagi apa yang mama boleh beli. Kot-kot boleh tambah. Kot-kot ada lagi tak lengkap. Ada lagi tak puas hati ka. Hahaha. Sebenarnya mama tak beli apa pun lagi dah. Tapi iya la kan, window shopping ni boleh hilangkan stress tau. Penting tu orang lelaki kena tau.



Jalan Ir. H.Djuanda No. 105, Dago, Coblong, Lb. Siliwangi, Coblong, Kota Bandung, Jawa Barat 40132, Indonesia


Ha tu dia. alamat kiosk Murtabak Sanfrancisco. Kalau datang Bandung tak beli memang rugi la tak rasa sebab sedap bangat. Jangan bayangkan macam murtabak kat malaysia sebab dia lain sikit, macam pizza pun ada tapi rasa lain. Yang manis pun ada tai kta tak beli yang manis, kita beli yang asin. Tapi memang sedap. 
Mula-mula dah naik atas kereta tu mama dah cakap kat supir nak beli murtabak sanfrancisco, tapi supir kata jauh tapi lepas dua tiga saat lepas tu mama nampak, kiosk kecik murtabak sanfrancisco, apa lagi, supir tu kena stop la. 

Lepas beli murtabak, kita terus balik hotel. Balik awal sikit sebab papa ajak kita jalan kat deret kedai depan hotel kita. Rehat jap. Audra minum susu. Siap-siap keluar lagi.




Lobi hotel kita pada malam itu. Hotel biasa-biasa ja kita duduk kali ni. Next time kita upgrade sikit k papa...


Kita jalan kaki sampai Cihampelas walk. Sampai kat sana penat tercungap-cungap. Bagi je la depa main sat. (Asyik main ja depa ni). Nak makan mama dah tak lalu, nak shopping dah tak larat nak mandang. So kita jalan la balik pelan-pelan. 



Inilah Cihampelas walk. Takdak gambaq real sebab sepanjang perjalanan kesini papa gantung gopro kat leher je pastu gambaq goyang pastu nak screenshot pun gambaq ntah apa-apa. So kita pinjam gambaq google je la.



Kiri kanan banyak jugak factory outlet dan kedai-kedai macam ni. Macam yang mama cakap sebelum ni, mama dah tak lalu nak mandang, tak larat nak jalan dan tahan mata je ni, ngantuk.



Ini kalau siang nak gak mama masuk ni tapi apakan daya. Orang cakap dalam ni murah-murah sangat t shirt untuk budak-budak. Tapi mama dah beli berhelai-helai dah untuk depa. Tunggu next trip ok.


Tapi dalam larat tak larat tu kita kita singgah jugak mart 24 jam depa sebab mama nak beli kopi. Sedap kopi 3 in one depa ni. Mama cari gambaq takdak pulak. Nanti mama share.

Sebelum tidur sempat lagi mamaPapa makan murtabak Sanfrancisco tadi. Sedap la. Tak caya cuba try beli nanti.

Eh, sedar tak sedar dah habis cerita day 4 kan. Nanti mama share cerita day 5 k. Hari terakhir kita di Bandung. Till now, daaa........


xoxo