Wednesday, 1 June 2016

Audra sudah setahun....cepatnya masa berlalu....


Assalamualaikum

15.5.2016 adalah tarikh yang istimewa untuk baby nombor 2 kita. Sebab Audra dah 1 tahun. Hey, sebelum tiba harinya memang mama plan macam-macam tau tapi dah dekat-dekat papa plak nak suruh ikut plan dia. Hmmm apa nak buat, papa kan bos dalam rumah, so kita ikut je la...


Happy Birthday sayang mama Nur Audra Salsabila

Hari jumaat malam mama saja-saja tangkap gambaq Audra dengan plak selamat hari jadi ni. Dah jadi acara tahunan dah plak ni mama guna untuk birthday kakak kayra dan kali ni giliran Audra pulak. Plak ni kawan mama yang bagi, lama dah masa tu mama tinggal kat KL lagi.


Susah nau nak dapat gambaq yang cun sebab Audra memang takkan duduk diam. Du keping gambar ni je la yang senonoh sikit. Tomei-tomei angat.... :)


pagi 14.5.2016 kita pi Gerik. Saja papa nak jumpa kawan dia. so tak dapatlah kita sambut birthday audra kat rumah nampaknya
Gambar kat bawah sehari sebelum birthday audra yakni 14.5.2016. Dalam perjalanan nak ke Gerik, kita sempat singgah sekejap kat Tasik Raban untuk makan tengahhari.

tapi mana boleh tak sambut kan... Tapi kat mana sempat je la..


15.5.2016 mama dan kakak bergambar dengan birthday girl yang sangat keletah. Audra dah setahun hari ni. Hari yang sangat mengimbau kenangan setahun yang lepas. Sedar-sedar baby ni setahun sudah.


Sambutan dengan dua keratan kek sahaja, Jadilah, inipun nasib la ada jugak terjumpa secret resipi. Bukan kat Gerik tapi kat Baling masa on the way balik kampung untuk jenguk wan sat.



Ekspresi wajah kamu tengok kek tu wahai anak ..... kikiki.... mama sayang kamu Audra...


Hahahaha...geram ke ? Tak boleh makan sendiri walaupun hari ini hari kamu. Kalau nak mama akan suapkan ok ?



Tapi bila tengok gambar ni, mama rasa confius pulak, sebenarnya nak celebrate siapa sebenarnya ni ? Audra dapat kek je tau... Bukan main menu yang orang lain order tu...



Kita bertiga again.


Wah, happynya Audra acah-acah nak makan sendiri kek tu.


Ok, ini gambar lengkap berempat.

Lepas makan kita terus gerak balik ke Jeneri melalui Baling. Singgah sekejap beli jeruk dan bantal yang banyak jual kat tepi jalan.Jenguk wan dan tok sekejap.


Rasa bersalah jugak mama sebab tak buat party untuk Audra. Kita sambutlah jugak kat taska, Sekurang-kurangnya adalah jugak gambar untuk dikenang.  My sweet little Audra dengan kek yang mama buat sendiri. Biarpun hodoh kek tu tapi mama memang berhajat nak buat sendiri kek untuk Audra.


Ramainya, seronok pulak bila tengok gambar ni.


Happy Birthday Audra Salsabila.


L.O.V.E


Muka blur dan terpinga-pinga tak faham kenapa saya kena duduk depan kek ini....


Mama prepare je la sedikit sebanyak untuk majlis ni. Kek, cupcake, goodies (milo kotak dan coklat) untuk Audra jamu kawan-kawan kat taska. Semua mama buat sendiri. Penat jugak...


Ini plak gelagat audra kat secret recipe tempohari.


Anje-anje mama


tak tau pulak tiba-tiba terupload sekali gambar ni. Biar je la...


Gambar ini saja nak tunjuk betapa susahnya nak ambik gambar omei-omei ni. Kena kejar satu rumah.


Ok, gambar last. Gambar yang sama mama letak dalam FB.


"Kehadirannya membawa sejuta kebahagiaan. Setahun sudah menjadi buah hati kesayangan. Selamat Hari Jadi sayang mama. Syukur Alhamdulillah. Teruskan membawa cinta yang ditabur-tabur dan mama tidak akan jemu mengutipnya..."



Sekali lagi, Selamat Hari Lahir Nur Audra Salsabila, ingat selalu Papa, Mama dan Kakak Kayra tetap sayang Audra sampai bila-bila.



xoxoxoxo