Wednesday, 21 January 2015

Kayra Dan Dunia Barunya.......



Biarlah cerita lain tertangguh pun. Nanti mama akan buat backdated. Excited mama nak bercerita tentang ni. Tentang dunia baru kayra.

Assalamualaikum...

Dah masuk fasa baru, lupa nak bagi salam. Hehehehe...  Tahun ni kan (2015)  Kayra dah masuk darjah satu. Sepatutnya hari tu 5 januari 2015 dah buka sekolah, tapi disebabkan ada bencana banjir teruk kat beberapa negeri, makanya kerajaan bagi la lagi tempoh seminggu untuk masuk sekolah. So, 12 Januari 2015 baru lah sekolah start.

Shopping untuk barangan sekolah saat-saat akhir baru papaMama pi beli. Nak cari yang murah tapi berbaloi konon. Tapi tak pa la. Kayra nak beg frozen, itu saja permintaannya. Yang lain-lain terserah kat mama dan papa. Hari tu mamaPapa pi Danok, so masa balik singgah sekejap padang besar beli beg sekolah dengan beg kafa. Nampak kualiti bagus je terus je ambik, kayra pun suka, bestla dia asalkan frozen. Kasut beli kat Kedai Bata, baju sekolah pulak beli kat kedai biasa je dua helai, baju kafa beli kat sekolah kafa sehelai. Selain tu mama tempah lagi baju sekolah dan baju kafa masing-masing lagi dua helai. 

Pagi hari pertama ke sekolah. Excited tapi muka masih takmau senyum. macam tak happy ja Kayra...


Pagi tu papa hantar ke sekolah. mama ikut juga kat belakang, papa hantar barang kat rumah transit lepas tu terus hantar kayra ke sekolah. Mama terus keluar tunggu depan pagar sekolah saja sebab hari ni mama akan tunggu Kayra kat sekolah. harap-harap kayra ok dengan tempat baru.


Well lepas papa sampai, mama dah sedia menunggu. Mama pimpin tangan Kayra untuk masuk ke kawasan sekolah. Ramai kereta kat luar, maklumlah hari pertama, ramai parent yang menghantar anak ke sekolah pagi ni.


Masuk gate, terus ke tempat perhimpunan. Mama lepaskan kayra kat cikgu untuk dihantar ke kelasnya. Kelas dah tahu masa hari orentasi hari tu. Essembly pertama untuk kayra dimana kayra menyanyi lagu Negaraku, lagu sekolah dan lagu Negeri, lepas tu dengar pulak ucapan cikgu. Mama tak nampak Kayra dari tempat mama duduk tapi mama tau kayra mesti teruja dengan suasana hari ni.


Dah selesai perhimpunan, berjalan masuk ke kelas masing-masing. Terlambat sikit dia, tapi ada kawan dah tu.


Hari tu masa orentasi, kayra duduk belakang sekali. Tapi pagi ni dia duduk depan sekali sebelah meja cikgu. Sebab papa dah pesan jangan duduk belakang sangat, takut nanti cikgu cakap Kayra tak dengar. 


Sorang-sorang saja dok belek beg. Kayra suka sangat beg tu. Kat sebelah Kayra tak ada lagi kawan duduk tapi takpa, cikgu cakap sekejap lagi cikgu akan susun balik kedudukan murid di dalam kelas.


Tempat duduk kayra yang baru lepas cikgu susun balik. Tak la dia keseorangan dah kat hujung sana. Mama tunggu sekejap lepas mama turun bawah sebab kejap lagi dalam jam 945 gitu waktu rehat sampai la, nak tengok macammana agaknya kayra nak makan kat kantin.


Mama lepak kejap kat kantin. Beli makanan dan makan. Saja try makanan kantin ni. Sedap jugak, dah lama tak makan kat kantin sekolah. Lepas tu mama dengar suara budak-budak dengan tapak kaki berlari. Tengok-tengok, kayra yang lari tu, kat depan sekali. Aduhai anak aku...


Sebelum makan mama nak tangkap gambar Kayra dulu. Lepas tu baru makan roti ok ?


Tengah gigit roti mama dengar cikgu kelas kayra panggil untuk ajar Kayra dan kawan-kawan macmamana nak beli makanan kat kantin. So mama suruh Kayra bangun untuk dengar penerangan cikgu,. Mama ingat dia nak dengar apa cikgu cakap tapi rupanya Kayra terus pi kat kaunter terus beli nasi lemak tu ha.... Anakku....tepuk dahi mama, ingatkan dia takut nak membeli ke apa.


Sambil makan sambil bersembang. Kawan Kayra tengah bisik apa ntah kat dia...  :)


Happy Girl. MamaPapa punyalah risau takut dia tak pandai nak sesuaikan diri tapi rupa-rupanya Kayra boleh aje adapt diri dia dengan tempat baru.


Mama pesan banyak kali , jangan sampai kotor baju tu. Harap-harap pandai la dia jaga kebersihan.


Kawan Kayra tu namanya Insyirah. Mama suka la Kayra berkawan dengan dia. Baik je budaknya. Sopan.


Lepas makan, cuci tangan lepas tu Kayra gerak keluar dari kantin.


Main-main sekejap sebelum waktu rehat tamat. Kecik je Kayra ni berbanding kawannya. Mama ke kedai koperasi sekejap nak beli pembalut buku lepas tu. Mamam biar je kayra main dengan kawannya.


Lari-lari turun naik tangga. Mama panggil berhenti bergambar lagi. Agaknya dah boring agaknya kayra cakap kat mama , "Asyik ambik gambar je, dah, dah, pi balik". Tersengih mama, so yang ni je la gambar terakhir Kayra pada pagi itu. Lepas tu mama balik.  :)



Keluar dari gate sekolah, mama pickup papa. Papa nak makan laksa kat juru pulak, temankan papa lepas tu balik rumah sekejap. Pukul 1 tengok Kayra balik dari sekolah, mama zie ( pengasuh lama kayra) yang pickup. Happy je Kayra dapat naik motor.

Pukul 3 mama pi kafa Kayra pulak sebab hari ni first day kafa jugak. Ingat nak settle hal Kayra kat sana pulak. Dari rumah mama zie Kayra naik van.

Tengok Kayra kat kelas. Dah ada kawan jugak. 


Happy dan sekali lagi Kayra nampak selesa sangat dengan suasana baru ni. Sikit pun tak nampak kekok, pemalu atau taku-takut.


Dalam kelas, masa ni mama tengah tunggu turn nak jumpa cikgu kelas Kayra. Yuran kafa semua papa dah bayar dah masa daftar hari tu lepas tu mama ke ofis sebelah untuk beli uniform kafa sekejap. Panggil Kayra untuk test baju dan lepas settle, pesan kat kayra lebih kurang sebelum balik. harap-harap kayra seronok belajar di sini.   :)


Petang pukul 6 macam tu Kayra settle kelas kafa, papa sekali lagi keluar ke kafa tu nak tengok Kayra naik van masa balik.


Dari kafa, van tu akan bawak Kayra ke kelas Qiraati. Kelas Kayra start pukul 615 petang so sempat la. Habis kelas jam 7.15. Huhuhu nampaknya Kayra keluar rumah pagi tu gelap lagi, balik rumah pun dah gelap (malam). Tak apa la Kayra, mama sayang nak bagi Kayra stop kelas mengaji ni. Sekurang-kurangnya, sepanjang malam Kayra akan ada kat rumah dengan mama. Kalau penat macammanapun boleh tidur awal. Kalau tak pergi kelas kafa pulak, apa yang kayra nak buat kat rumah mama zie sepanjang petang ? Semua tu mamapapa dah fikir masak-masak sebebelum buat keputusan untuk kayra. Mama cuma harap Kayra enjoy dengan kesibukan ini saja...


Baju kafa, mama balik, terus basuh dan iron. Mama beli sepasang saja dulu sebab bercadang nak tempah lagi dua pasang kat kayra.



So, tamatlah cerita satu hari Kayra dengan dunia baru persekolahannya. Biasa-biasa saja dan mama harap Kayra behave dan dapat adapt dengan cepat segala perubahan ini. Dah besar dah dia, dah nak jadi kakah dah pun. Mama dan papa sangat menggantung harapan yang tinggi untuk Kayra. Berjaya dan bahagia dunia akhirat untuk Kayra, anak sulung kami.

**tears**

xoxoxo