Friday, 28 March 2014

Jakarta aku datang.......perjalanan pergi membelah awan...



27 mac 2014

Banyak cerita yang tak update, lantak la, mama update yang latest dulu ok. Baru  sangat-sangat ni. Masih di dalam kotak fikiran. Hehehehe...
Ok, senang cerita, papa memang dah plan lama nak bawak Kayra jalan-jalan ke kota Jakarta. Sebabnya, sebab Kayra kan minat sangat cerita fairy tales. Ala, cerita princess princess yang kebanyakan budak perempuan suka sangat tu. So, ada satu hari tu tak lama dulu Kayra ada la tertengok gambar masa papaMama pi Jakarta dulu-dulu. Empat tahun lepas rasanya, gambar tu ambil kat Taman mini, so dia cakap la kat papa dia nak jugak pi castle tu, lantaran dari situ, papa pun terfikirla nak bawak Kayra kesana. Macam best ja guna perkataan lantaran tu, ye tak ?

 Macam sikit saja beg yang kita bawak tu kan ? Nak tau apa isi kandung dalam tu ? Segala jenis makanan, roti, jem, nutella, baju sikit, bag in a bag lagi. Hehehe... makanan tu harus, sebab nanti takut jadi macam dulu. Tak lalu nak makan. Bukan apa, makanan Indonesia kan berbeza sikit daripada Malaysia, berbeza tumisan dan rencahnya. Mama risau jugak kalau Kayra tak lalu makan. Tapi bukan maksudnya makanan kat sana tak sedap, cuma berbeza di tekak kita. Tapi papa dah cakap awal-awal, lalu ke tak lalu ke, mungkin cuma dimulut masa awal-awal ni...hmmmm...


 Dah sampai airport ikut laluan jambatan kedua yang berbaki beberapa hari saja lagi untuk laluan percuma. Papa drop kita kat atas lepas tu papa pergi park kereta. Sementara menunggu, mama bawak kayra ke notice board  MAS, jumpa lah ini. Sempatlah mama dengan Kayra turunkan tandatangan. Terus terang disini, mama, papa dan Kayra masih mengharap  MH370 pulang dengan selamat. 


 Check in bagasi. Kita naik plane dari penang, transit sekejap di KLIA lepas tu naik sekali lagi terus ke Jakarta. Beg kita  ni hanya kita akan jumpa balik dekat Jakarta sana. So, beg Kayra  nanti kita jumpa lagi, duduk baik-baik, jangan hilang-hilang.


 Dah naik kapal terbang jumpa pula pramugara yang ramah tamah, tawarkan diri nak tolong ambil gambar. Dapatlah kita bergambar bertiga. Big thanks to you mr steward, tak ingat nama you. Tapi you chinese man yang baik hati.


 Tiket kita. Walaupun sekadar kelas ekonomi tetapi sangat selesa. MAS adalah yang terbaik. 


 Dah sampai KLIA. Rasa bangga seketika kerana negaraku memiliki syarikat penerbangan se gah ini. Sayu sekejap memikirkan sidia yang masih hilang...


Candid. Masamnya muka  mama. Tengah  merajuk jugak ni. Papa tu la, mama suruh guna kamera mama tapi dia tak mau. Nak jugak pakai kamera handphone. Nasib baik gambar ni cantik jugak, tang kayra tu ja blur sikit. Duduk tak diam sangat dia ni.....


Keadaan di dalam kapal terbang. Tak tahu la kenapa mama ter upload gambar ni. Tak apa la,nanti bila kayra dah besar Kayra compare gambar ni dengan gambar kapal terbang pada masa itu ok.


 Tak sampai lima belas minit, tuan puteri ni dah beradu. Inilah akibatnya kalau budak yang superaktif  disuruh duduk diam. Kamu kesayangan mama ok.


 Tuan puteri ketiduran. Makanya, makanannya mamaPapa yang makan. Cuma ada dua pilihan, nasi dengan ayam dan nasi dengan ikan. So, mama makan ikan dan dua ayam untuk papa. Hmmmm....sapa suruh tidur...


 Selesai saja papa bersantap. Terus tuan puteri terjaga. Nasib baik kat KLIA tadi dah makan bubur marrybrown. Sambung tengok My Little Pony.


 Kat dalam ni ada macam LCD Screen ( benda apa ntah namanya mama tak tau ). Nasib baik ada benda alah ni, dapat la hilangkan boring. Ada movie, ada drama hindi tamil semua ada, ada jugak maklumat penerbangan. Tengok gambar atas tu, kita boleh tau kat mama kedudukan kita pada masa tu. Mama tulis untuk cerita kat Kayra ok, kalau ada orang rasa mama saja nak tunjuk pandai ke, nak menunjuk ka, nak bagitau apa yang orang dah tau ke, anda dah salah tempat ok .  Peace...


 Sebelum melangkah keluar daripada penerbangan antarabangsa, kita semua kena isi borang 'country arrival and departure card', untuk memaklumkan dan isytiharkan kita nak masuk negara orang dan bagitau berapa hari kita nak tinggal disana dan berapa hari. Itu yang mama buat ketika itu. Dengan keadaan kapal terbang yang terhentak-hentak melanggar awan. Runsingnya mama masa tu. 


 Hilang gundah gulana bila dah jejak kaki ke daratan. Akhirnya kita sampai juga ke tanah Jakarta. Lapangan Terbang Soekarno Hatta.


 Macammana gambar ni ada kat belakang pulak. Tak apa la.  Ni ha, gambar tiket. Patut letak lepas gambar beg tadi. Biarla di sini ok.


MAS yang gagah membelah awan. MH 723 ke Jakarta. Kemana menghilangnya temanmu MH 730. Cepat-cepat la balik. Janganla terlalu lama merajuk membawa diri. 


 Sambung balik,  sambung balik jangan dok biaq. Lepas settle semua urusan kat airport. Perkara pertama kita buat adalah beli sim kad. Simpati je la yang senang dan well known. Lepas tu pusing-pusing sekejap dalam tu tengok money changer. Lepas tu terus lah kita menunggu teksi. Berkali kali ingatkan diri untuk hati-hati dengan pencopet ke apa. Tangan Kayra memang mama tak lepas lansung la. Dapat je Teksi Blue Bird, terus kita gerak ke Hotel. Orchard Hotel kat jalan Industri.


 Bilik kita kat tingkat sepuluh, nombor  bilik 1008.


OK la bilik kita. Katil saiz king. Kayra mintak untuk tidur tapi jangan dulu. Mama lapar ni Kayra. Jom turun makan apa yang patut dulu.


 Sebab kita duduk lebih daripada tiga malam. Kita dapat la free dua set dine. Papa ambik nasi goreng dan mama pulak share dengan  Kayra nasi putih dengan ayam goreng. jadi lah untuk hilangkan lapar malam tu. Not bad jugak rasanya...


Lepas makan terus naik bilik. Tengok tu permandangan daripada bilik kita. Ada construction. Hehehehe... ada kerja konkrit lantai malam tu.



So, malam tu kita tidur lelapkan mata. Penat travel satu hari ni. Esok pagi-pagi dah nak berjalan-jalan. Good night kiss dua-dua orang kat sebelah ni. Terus  dibuai mimpi.


xoxoxo

Saturday, 15 March 2014

#prayForMH370



# PLEASE COME BACK SAFELY #





XOXO