Amboih tajuk...
Assalamualaikum
Hari ni 6 Disember 2024. Post pertama untuk 2024. Mama sibuk sangat, takdan nak 'kelebek' blog ni. Lagipun mana dah ada orang nak baca blog mama kan. Orang dah beralih ke intagram, facebook dan tik tok dah kan sekarang. Apa la, baca blog la...baru ada jiwa.
Tau ke maksud kelebek ? orang utara je faham kan ? kelebek tu lebih kurang macam belek-belek la...
dah tua-tua ni, malas dan mama rasa terpanggil jugak untuk privatekan sikit kehidupan walaupun mama sedar, kita ni bukan siapa-siap tapi takut jugak la kan... terpanggil dengan 'amaran' atau pesanan ini jugak sebab tu la kurang sikit nak cerita lebih-lebih. tapi kalau tak tulis, kita akan miss cerita kita jugak kan? ini kan kenangan kita. Mana tau suatu hari nanti mamaPapa dan tak ada, dimentia ke apa.. anak-anak boleh baca...Pesanan2 itu adalah.... tak boleh...
1.Menunjukkan kebahagiaan secara berlebihan
2. Kongsi kejayaan tanpa hikmah
3.Pamerkan kecantikan atau fizikal berlebihan.
4.Mengabaikan zikir dan doa perlindungan.
5.Tidak menjaga privacy dan nikmat yang Allah beri.
Walaupun kita ni, keluarga kita ni hanya bagaikan sebutir pasir, tapi mama kena beringat jugak lah..
So, nak cerita ni... kakak dah duduk asrama, dah tingkatan empat kan kakak... Bulan mac hari tu masuk sekolah Teknik. InsyaAllah kakak ok kat sana. Punyalah payah nak lepas kakak kesana.. halangan terbesar adalah... PAPA. Masa mula-mula apply ok, hadir ujian kemasuikan ok lagi....tup-tup lepas berjaya dapat, dia tak bagi pulak. Risau anak sulung tui tak dapat adapt. Hah jenuhla mama nak explain nak pujuk. Bergaduh-gaduh la jugak... Kakak lambat laun akan keluar dari rumah jugak, mungkin akan ke universiti, akan bekerja jauh dari rumah nanti. Mama nak kakak alami fasa itu perlahan-lahan, mama takmau bila kena masuk u nanti mungkin kakak tak dapat terima keadaan itu (keadaan pertama kali berjauhan dengan family, keadaan kena uruskan diri sendiri sorang-sorang, keadaan dimana kena belajar berkawan dengan orang baru). So mama nak kakak rasa keadaan itu masa umur belasan, dengan kawan-kawan yang seumuran. Mama nak kakak cuba. Tapi papa tak boleh, kakak Kayra dan Audra anak kesayangan, papa tak mau jauh-jauh dengan anak-anak dia. Tapi dunia ni keras, kita kena sedar, nak bina hati yang kental, kena awal. Papa dan mama lepas juga kakak ke asrama sekolah teknik. Bukan sekolah vokasional yang dekat rumah kita ni, tapi sekolah teknik satu-satunya kat Pulau Pinang. So, far kakak ok, kakak happy dan PapaMama harap pelajaran kakak pun ok.
Audra ? Cheeky macam biasa. Personaliti dia sebagai anak kedua dan bongsu jugak. Mama meraikan kedua-dua sifat anak-anak mama. Kedua-dua manja tapi bertempat. Macammana mama tak manjakan anak-anak mama, dua orang je pun yang mama ada. Love both of them.
Audra dah darjah tiga. Sekolah masih sama. Kafa masih sama. Cuma sekarang mama sibut sangat dengan kerja, mama selalu balik lambat, selalu pun tak dapat pick up Audra dari kafa. Papa yang banyak uruskan kalau mama tak sempat. Tapi mama tetap hantar Audra kesekolah tiap-tiap pagi, tetap bekalkan Audra bekal. No problem.
Papa pun dah makin ok berulang alik walaupun jauh sikit, yang penting happy.
Mama pun ok, kerja banyak tapi mama paling pentingkan emosi yang stabil. Penat otak tak apa, jangan kacau bilau. Kalau masih boleh makan nasi bertambah tu, masih ok la tu mama. hahaha...
Hujung tahun, kita kena rehat. Kita kena cari date untuk pergi camping. Oh ya, mama tak pernah tulis pasal camping kita kan?
Tak apa, mama akan tulis lepas ni... mama akan tulis. promise...
so till now, nak pilih gambaq sat untuk insert dalam ni, pastu mama post ok.
muahhh...