Showing posts with label Penang. Show all posts
Showing posts with label Penang. Show all posts

Monday, 29 August 2022

CKE RUN 2022




Assalamualaikum...



Sabtu hari tu kan, 27 Ogos 2022 kita join aktiviti kelab sukan ofis papa tau. Kita semua. Berempat. Papa first time nak bawak kita join aktiviti kelab ofis dia ni. Walaupun dah dua tiga ofis papa sebelum ni, tapi inilah kali pertama papa bawak kita semua dan libatkan kita.
Teruja lah jugak KayraAudra tu nak pergi lari-lari ni.




Hei !!
Pagi-pagi kita dah sampai tau. Kita gerak dari rumah lepas solat subuh. Singgah toilet sat kat tol jambatan kedua lepas tu terus ke venue.




venue tu kat mana ? ala yang tepi jambatan kedua tu kot belah pulau tu, apa kenama tu......
    tak tau la, kita panggil je la 'under the second Penang bridge'.




Kuat le jugak Audra berjalan sampai 8 km. Tapi last-last merengek jugak dia sebab tak larat. Kesian Audra tak best la audra boleh jalan jauh-jauh . Merengek audra bukan menangis-nangis tau, setakat merengek sebut-sebut je la.





Kita jalan dari jambatan kedua sebelah teluk Bahang sana sampai la ke area flyover laluan basikal sebelah QueensBay sana, kat sana kita ambik no cabutan bertuah, sebelum sampai sana ada la jugak checkpoint dapat air semua. Audra takmau berenti sebab kawan-kawan papa dok tegur-tegur dia. Dia malu 😉
Jadi kita pun minum sambil teruskan berjalan, ambil nombor cabutan bertuah dan patah balik.



So, bila dah selesai, kita dapatlah nasi bungkus sorang satu. Lapaq kan sebab dah jalan jauh tu, makan la kita kat tepi laut tu sambil-sambil hirup udara pantai dan tunggu next apa pulak yang depa nak buat, dengar kata nak bagi cabutan bertuah.












Ok, panggilan dah dibuat, semua orang kena berkumpul kat tempat bermula. Kita ada empat nombor ni. Bertuah ke kita ?
mula-mula satu no kita diumumkan, lepas tu satu lagi, dan satu lagi. jadinya kita dapat tiga nombor bertuah, bermakna tiga hadiah. wah !! ini memang dah betul-betul bertuah ni... 😂😅😁
Tahniah lah kepada kita.




Dah, nanti sambung lagi...

xoxo


Thursday, 8 November 2018

Lexis Suites Penang



Assalamualaikum
Anak-anak mama dan sesiapa yang membaca...

Birthday Kakak Kayra 23 Oktober hari tu tapi masa tu sibuk exam akhir tahun kan, lepas tu weekend tu papa plak tak ada kan, papa pi Medan dengan kawan-kawan dia. So kita tangguh dulu celebrate birthday kakak dengan papa walaupun kita dah potong-potong kek dengan wan dan tok hari tu kat kampung.

Tunggu punya tunggu bilalah papa nak celebrate ni. Mama dah papa bagitau, kak n audra je la tak tau lagi. So kira macam suprise la. Kakak tak tahu, tapi teka-teka masih silap. Ada jugak kita tengok vlog orang kat youtube tap hint tu macam kakak dak boleh agak tapi masih tak terjangkau kat fikran kakak agaknya...

4 haribulan pagi tu kita ada larian kat Parit Buntar ( yang ni mama cerita kat entry lain), so lepas tu baru kita gerak ke Penang. Ye lah, check in pun pukul 3 kan ?
Menjerit-jerit kakak bila dapat tau, excited betul dia bila papa buka waze n waze tu cakap, kita dah sampai. Audra tidoq, so kakak masuk dengan papa check in dulu sebelum parking. Leceh nak parking dulu sebab parking bertingkat, nanti kena turun naik. so better dapatkan nombor bilik dulu. so papa park kat depan pintu masuk, kakak turun ikut papa. Mama temankan Audra yang tidur.


Dah settle check in, kita naik atas untuk park kereta. Berpusing-pusing naik atas, tinggi jugak. Sorry ye kalau nak bagi mama drive naik. Mama tak berani. So dah dapat parking yang tinggi tu (tapi bukan kat tempat paling atas) kita turun angkat barang dan terus ke bilik kita.No bilik kita 1509. Yes kat tingkat 15. Premium pool suite.



so anak-anak mama gembira tak terkata, mak bapak depa apa kurangnya....Ada empat ruang utama, ruang masuk bersekali dengan pantry, bilik tidur yang ada dua katil queen, ruang toiletteries yang ada toilet dan bilik mandi dan balkoni yang ada kolam mandi private.












Tanpa membuang masa, anje-anjeku dah tak sabar nak turun dalam pool. Mama dah standbykan pelampung dan jaket keselamatan untuk Audra. Dalam pool adalah 1.2m which is memang dah tentu-tentu terlalu dalam untuk Audra.




berendam sekejap lepas tu kita turun. Rugi pulak tak jalan-jalan tengok apa yang ada dalam hotel ni. Ala tak kemanapun kita pi kat playground je. Kan bawak dua orang budak. Nak main je la depa. Mama ni lapaq tahan je tau dari pagi. Bagi puas hati. Kat level tu ada swimming pool outdoor , permainan dalaman, gym, spa, karaoke dan lain-lain.






Lepas tu, kita pi makan. Lapaq mama ni tau. Ala makan kat area depan ni je sebab anak-anak mama tak mau pi jauh-jauh, nak balik mandi. Ikutkan ada je seafood stall tapi jauh sikit la. Papa cakap tak apa la kesian anak-anak. So anak-anak, kesian kat mama yang lapaq ni.
so naik atas, sambung mandi. Tapi kali ni, audra dah ok kalau tak pakai pelampung sekali denga jaket. Dia pakai jaket keselamatan tu je.

Maghrib berenti sat, potong kek yang kita order . Buat room sevice je , kek pun satu slice je. Tapi ada le lilin. Pastu papa tambah aiskrim dan aglio olio. Sepatutnya kenyang kan, tapi agaknya sejuk-sejuk penat main kolam, laju pulak depa makan.







Lepas tu sambung lagi mandi. Sampai mengantuk.



Esok sarapan . Ya allah makanan... Bagi yang suka makan macam mama, sangat berbaloi. tapi mama segan nak ambik gambar makanan kat tempat hidang. Mama ambik gambar pinggan mama je lah ye.



Naik atas sambung mandi kolam. Sampai jam 10 lebih stop sebab nak siap-siap untuk checkout.



Seronoknya Kayra Audra kat sini. Depa cakap kat papa...."Papa, nanti kita mai lagi ok" 





xoxo