Showing posts with label Papa. Show all posts
Showing posts with label Papa. Show all posts

Friday, 10 July 2015

Hari Kelahiran Baby No 2



Mama nak cerita tentang kelahiran baby no 2 mama...


Dah lama tunggu baby ni. 6 tahun tunggu lepas kelahiran kakak kayra . Akhirnya berita baik yang ditunggu tiba juga. Tak tau macammana mama nak describe perasaan, macam bulan jatuh ke riba gitu. Mengandung kali ni boleh tahan dasyat jugak penangan alah. Itu tak boleh makan, ini tak boleh terutama sekali telur dengan daging memang sembilan bulan mama tak boleh makan dan cium bau. Tentang kesihatan pulak, kali ni memang mama bebas daripada kencing manis berbanding masa kakak kayra dulu. Mengidam ? Mama tak mengidam yang hardcore setakat nak makan pulut ayam kat depan Le Garden hatyai tu biasa la, tapi papa tak bawak la pi hatyai, sekadar keluar border Malaysia, makan pulut ayam kat danok pun kira ok lah bagi mama. Selain tu mama craving sangat  dengan sharks fin soup...yummy..

Bersalinkan baby no 2 adalah secara caesarean jugak sama macam kakak Kayra. Tapi kali ni Elektif caesarean, so tarikh yang dipilih adalah pada 14 Mei 2015. Cuak jugak pada mulanya sebab teringin sangat nakkan tarikh cantik 15.5.15. Try jugak mintak tapi Dr. khairul cakap, jadual pagi dia penuh hari tu, kebetulan jumaat dan petang pulak dia nak buka klinik. Kali terakhir scan perut, mama mintak sekali lagi kat Dr khairul, kalau boleh nak jugak 15.5.15, doktor kesian agaknya, so dapatlah tarikh cantik tu dan Dr Khairul korbankan klinik dia petang tu. So mintak maaf pada yang berhajat nak jumpa doktor petang tu, sebab mama Dr khairul tutup klinik. Tapi kalau nak diikutkan mama caesar sebelum jumaat, agaknya ada kes dibawa ke petang kot.  :)

ok, bersalin caesar akan dibuat pada 15.5.2015, tapi mama dah start bercuti awal, 11 haribulan lima dah cuti dah, nak rehat dan tenangkan fikiran. Takut oi nak masuk bilik bedah. Kemas-kemas barang apa yang patut dan pada hari khamis malam mama, papa dan Kayra bertolak ke rumah tok Honey .

Jam 7.58 pagi. Pagi yang indah, walaupun mama dijangka akan masuk bilik bedah tengahhari nanti tapi mama kena check in ward pukul lapan. Pagi-pagi lagi kita dah sampai. Mama, Papa, Kayra dan tok honey. Mama dah start kena puasa pukul 8 malam tadi, yang lain-lain rancang nak sarapan kat hospital ja pagi tu.


Jam 8.01 pagi. Papa hantar kita dekat porch pastu dia pi parking kereta kat mana ntah pastu suruh mama check in sendiri, takpa la mama uruskan je la. Daftar masuk dan bayar deposit. Sain borang itu ini dan papa pun kena sain jugak sebab papa nak masuk dengan mama kat dalam bilik bedah.


Terus dapat gelang tangan baru. 

Selesai urusan kat kaunter, kita naik atas, mama kena timbang berat, ukur tinggi dan ambik tekanan darah. Lepas tu masuk bilik.

Jam 8.19 pagi. mintak untuk duduk bilik seorang tapi penuh plak. Kena tunggu kot-kot ada patient keluaq baru pindah bilik.


Papa dan Kayra menunggu tika dan saatnya. Kayra tu duduk je kat hujung katil mama. Jangan risau sayang, mama akan tetap sayangkan kamu. Kamukan baby no 1 mama, Mama kan 'Rock Star' kamu dan kamu kan 'Big Fan' mama.


Jam 9.12 pagi. Masih menunggu. Berdebar-debar dah. Terbayang-bayang dah gunting dan pisau.


Jam 11.17pagi. mama dok ulang alik masuk toilet. berdebar punya pasal, keluar dari toilet yang kesekian last kali tu papa bagitau depa dah maklum mama kena siap-siap dah. Lepas tu depa sampai. Masa dah time.


Jam 11.18 mama dah ditolak keluar dari bilik menuju bilik bedah. Bilik bedah kat tingkat bawah. Jadi mama ditolak masuk kedalam lif jugak. Seram gila duduk atas katil tu.



Jam 11.20 pagi. Dah sampai pun kat depan ni. Bila pintu ini dibuka, katil mama ditukar. Mama diangkat naik ke katil satu lagi. 



 Jam 11.32 pagi tekanan darah mama diambil lagi. Kat sini mama rasa macam sessi bertenang dan sembang-sembang. Kat tangan mama depa masukkan air melalui tiub. Sempat tengok patient sebelum mama ditolak keluar daripada operation room. Jumpa doktor bius dan Dr Khairul jugak say hi sebelum dia jumpa mama kat dalam. Marathon Dr. Khairul sebab ada tiga kes pagi tu. :)



 Jam 11.36 pagi papa berselfie di dalam bilik salin pakaian. Pada masa papa berselfie, mama dibilik sebelah sedang disuntik bius sebab mama akan kebas separuh badan nanti iaitu mama akan kehilangan deria rasa sementara dalam tempoh yang ditetapkan dari bahagian dada ke bawah. Macammana mama dibius ? ok macam ni, mula-mula mama dibagi sebiji bantal untuk dipeluk, dalam keadaan duduk mama kena menunduk, bantal tu agaknya supaya mama tak bergerak kuat sangat akibat terkejut ke sakit ke semasa mama dicucuk. Cucuk kat bahagian pinggang di tulang belakang mama. Dua orang petugas jugak la yang pegang mama kiri kanan. Mula-mula doktor akan cucuk jarum kat tulang belakang, mama rasa jarum tu terbenam masuk di tengah  betul-betul kat tulang belakang mama, lepas cucuk jarum, baru doktor masukkan ubat dan ubat tu masuk melalui jarum yang disuntik. Dapat bayangkan ke tak ? Hahahaha....Dan semua prosidur ni doktor pakar bius (Anasthesiologist) yang buat. 

Rasa kebas tu cuma menghilangkan rasa sakit mama untuk tempoh dua tiga jam sahaja, mama tetap rasa bila disentuh. Macammana nak cakap.... ok macam ni, pernah tak rasa sejuk kat tangan bila lepas kita pegang ais untuk masa yang lama, tangan kita akan rasa kebas kan, lebih kurang macam tu la, kebas tapi rasa bila disentuh. Apa mama cakap ni ? Buat-buat faham je lah semua ye... :)

Pengalaman mama masa kakak dulu (caesarean kali pertama), masa doktor cucuk dan masukkan ubat, mama dapat rasakan yang ubat tu menjalar masuk ke badan mama menuju ke bahagian bawah, tapi kali ni tak rasa macam tu pun. Pengalaman yang berbeza.

Lepas dicucuk, mama dibaringkan dan perlahan-lahan mama rasa bahagian pinggang ke bawah mama macam dah tak ada. Bila doktor suruh angkat kaki mama dah takleh angkat dah. Dan lepas tu la segalanya berlaku. Pembedahan dimulakan. Ada sedikit bau hangit terbakar masa mula-mula tu. Badan mama bergerak-gerak juga masa doktor tengah buat kerja. ramai juga petugas dalam bilik bedah enam ke tujuh orang semuanya.

Jam 12.05 tengahhari,  akhirnya baby mama berjaya dikeluarkan selepas mama sesak nafas . Susah jugak nak keluarkan baby. Bergegar-gegar badan mama. Bila dengar baby no 2 menangis serentak dengan itu Dr khairul sambil-sambil iqamatkan dia, mama dah rasa lega. Ini gambar selepas baby dipindahkan dari perut mama. Fresh from oven.



Jam 12.10 tengahhari. Perut mama sedang dijahit dan mama pulak tengah tengok baby no 2 . Papa yang tangkap gambar ni. Papa dok kat belakang. Jadi tukang tangkap gambaq. Kali ni doktor bius duduk jauh sikit, berbeza dengan masa kakak Kayra dulu, doktor bius duduk sebelah saja dan kami sembang-sembang.


Jam 12.12 tengahhari, baby no 2 dah dipotong tali pusat, dah siap dibalut. Pastu dibawa pi kat mama. Mama sempat kiss sekali. Pastu nurse dah bawak dia pi nursery dah kat atas. Besarnya dia masa tu...



Jam 12.25 tengahhari, pertemuan pertama adik dan kakak. "Hai kakak, ini adik" , "Hai adik, ini kakak" Beginilah agaknya perbualan face to face. Tercapai jugak hajat mama nak dua anak.


Jam 1.04 petang sekali lagi kakak kayra pi jenguk baby ditemani tok Honey.


Jam 1.09 petang. Gambar baby no 2 pada ketika itu... :)



Yes, she is a girl and definately she is my dream girl that i am waiting for six years after my first baby. Quite happy to tell that my dream comes true but she is not my first love.  sigh  :)



Jam 3.49 petang Baby dihantar kat mama sebab dah lapar. Mama try susukan dia. Tapi tak berjaya. So baby kena minum susu formula lah dulu ye.



Jam 6.29 petang masa tok honey mai baby masih dengan mama. Umur tak sampai satu hari tapi dah pandai pusing tengok orang. Syok agaknya orang dok puji cerdik. Harap cerdik tu dibawa sampai ke besaq ok.  :)




"Selamat datang kedunia anakku. Semoga menjadi anak yang solehah kepada papaMama serta adik dan kawan yang baik kepada kakak. Air dicincang tak akan putus. Ingat selalu ya Audra Salsabila."


So, itulah saja kot cerita kelahiran baby no 2 mama. Berhajat nak tulis lagi banyak, tapi lepas 40 kali edit, bila save, crash preview, hilang semua sekali, terpaksa taip balik. Lebih malang bila ayat-ayat asal mama dah lupa. Kena mulakan balik dari zero, cari idea dan saring agar tak la hambar sangat.Jadi inilah hasilnya.


xoxo

Thursday, 20 February 2014

Kita ikut Papa kursus...

13 february 2014

Papa pergi kursus kat Kuala Lumpur tinggalkan kita sejak isnin. Hari khamis tamatla kursus  papa. Lama kan papa tinggal kita. So jumaat tu papa suruh mama ambik cuti dan ikut ke KL. Sebelum gerak ke KL tu untuk kursus papa belikan tiket keretapi untuk kita. 

Malam kejadian mama dan kayra pun gerak la ke stesyen keretapi parit buntar. Papa mintak tolong kawannya hantarkan kita ke sana. Kita sampai tak la lewat sangat so sempatla kayra bergambar sementara nak tunggu keretapi sampai.


Kelas 1 bilik tidur. Seronok kayra bila nampak katil. Macam-macam tanya mama. 


Tak lama lepas tu. Tertidurlah dia sleeping beauty ku. Bagi susu dan makan roti, settle. Dah besar dah dia, dah takda merengek sangat. Senang sangat kerja mama sekarang.


Bangun tidur, mama ajak bergambar berkali-kali sampai masam muka kayra tanda protes. Keretapi kan bergerak, gambar blur, kena la tangkap gambar banyak kali sikit.


Dah sampai KL, kita nampak papa dari tingkap tren. Kita lambai-lambai , papa nampak dah bila dah dekat papa panjat naik atas tren. Terus capai tangan kayra, angkat dan peluk. Rindu.


Stesen keretapi kuala lumpur pada pagi subuh yang hening itu. Cantik sangat.


Pagi tu kita sarapan kat hotel papa je. Tak tau nak kemana sebelum checkout.. Tapi papa ada jugak cadangan nak bawak Kayra jalan-jalan sekitar KL sekejap.


Kita round jalan-jalan kat taman-taman sekitar tasik perdana, berjalan-jalan dan ambik gambar.


Pantang nampak kamera budak nih. Nak bergaya je dia...


Kayra snap gambar ni tau. Pandai dia.


Bibir kayra luka tau, kata teacher Kayra jatuh masa main-main kat kindy. Papa tak ada mula la dia cari sakit...


Cepatnya masa berlalu...sekarang kayra dah 5 tahun lebih dan dah sebesar ini...


Seronok bila jumpa playground. Jarang-jarang jugak mama bagi kayra main kat playground. Sesekali jumpa, seronoklah dia...


Tak kira, kena jugak bergambar dengan mama.


Lepas tu kan... kita pi planetarium negara pulak.


Happy sangat Kayra bila dapat tengok benda-benda yang dia tak pernah tengok sebelum ni...


Wah, dapat duduk dalam kapsul soyuz, macam ni rupanya...


Naik sekejap atas menara dan tengok permandangan KL. 


Lepas tu kita gerak ke Ikea pulak. Dulu masa datang ikea kayra kecik lagi dan tak ingat apa-apa pun, sekarang ni, tak larat mama nak layan. Banyak pulak tanya...


Semua nak dicuba, semua nak dipegang. kalau boleh semua kerusi yang dia jumpa semua dia nak duduk. Alahai anak mama...


Seronoknya kalau boleh pilih sendiri baju yang nak dipakai. Sekarang ni ampai baju Kayra tinggi, mama yang kena tolong ambikkan...


Dah settle ikea, kita balik hotel siap-siap dan terus check out. Perut rasa lapar, papa ajak kita makan kat nasi lemak antarabangsa.


dari KL kita terus gerak ke Puchong rumah auntie Emma. Happynya kayra dapat jumpa sepupu.


Petang sikit papa ajak keluar pi playground. 


Tenang je petang tu. Cuaca pun elok.


Seronoklah depa berlari sana sini. Dah lama tak berkumpul, sesekali berjumpa macam-macam gelagat.



Kita tidur kat rumah auntie Emma semalam. So esok tu, pagi-pagi lagi kita dah gerak balik.


Kita singgah sekejap petang tu kat rumah Tok Honey.



Bunga matahari tok Honey sangatlah berkembang mekarnya. Terus tok Honey suruh kayra bergambar dengan bunga tu. Geram sangat tengok bunga segar besar-besar macam tu.
 


Petang tu jugak kita gerak balik Nibong Tebal. Dah rindu sangat kita dengan rumah. So, kali ni, pengalaman pertama kayra naik tren dengan mama tanpa papa. Seronok kah ? Mesti lah lagi seronok kalau papa ada...


xoxoxoxo



Sunday, 1 January 2012

Kisah Lama, Filem Baru Di Penghujung Tahun....

Alhamdulillah. Dah masuk tahun baru kita. Umur dah bertambah, dah makin tua usai 'tua mengejar kita. Mama ada banyak azam tahun ni. Tapi takkan nak publish kat sini kan ? Ini kali kedua kita sambut new year kat rumah kita sendiri. Kita boleh tengok bunga api dari balkoni rumah kita dan sambil-sambil membilang bintang, kita katakan dalam hati kita, inilah yang aku ada. Syukur Alhamdulillah....
Tengok bunga api kat balkoni rumah ?? Hmmm...mimpilah...Kayra tu penakut, bunga api yang cantik tu pun dia takut. So, mama cuma dapat selak langsir saja nak tengok fireworks. Macam mengintai pun ada...

Ok, back to the story. Hari sabtu bersamaan dengan 31 Disember 2011. Kita bangun pagi-pagi, siap-siap untuk pergi satu tempat untuk imbau kenangan lama. Pukul sebelas pagi, masuk saja tol, kereta dan motosikal berderet-deret. Di pertengahan jalan lepas saja persimpangan tol bukit Tambun, jalan dah sesak. Kereta bergerak perlahan sangat. Rupa-rupanya ada accident. Mama tak nampak motor, tapi mama nampak topi keledar bersepai atas jalan, mama nampak jenazah ditutup plastik hitam dan mama nampak darah berlumuran atas jalan. Sangat ngeri.
Kita ke Kota Kuala Muda, nama tempat yang betul-betul kat situ mama tak pasti, tapi kat situ ada kerja-kerja tambak tanah. Muara sungai sebenarnya. Kenapa kesini ? Sebab papa nak jumpa kawan lama dan tengok kapal korek yang pernah papa kerja dulu. Dulu-dulu la, kisah 7-8 tahun lepas. Kerja sekejap tapi kenangan bertahun. Kita pun diangkut sekali naik kapal korek. Seronok Kayra. Bukan senang nak dapat peluang naik kapal korek. 












Selesai kat kapal, dah sampai masa makan tengahhari. Kita balik ke Sebelah Penang, makan tengahhari kat kedai tepi laut, bukan penang kat pulau sana, tapi penang sebelah sini.
Lepas tu papa nak kotakan janji, janji pada kayra nak tengok wayang. Ini kali kedua kayra tengok wayang.
Tempat dituju, Sunway Carnival, ada GSC kat situ. Papa dah beli tiket online semalam, hari ni tunjuk bukti pembelian je dan ambik tiket. Kita tengok Alvin n Chipmunk kali ni k.
Macam-macam bekal dah beli untuk masuk cinema nak bagi kayra diam terpaku, ada popcorn, ada milo. Di pertengahan cerita kayra kat sebelah berkata, "Mama, nak rumah kita".
Terima kasih kat popcorn sebab buatkan kayra berlama lagi kat dalam tu. Habis movie baru kita keluar.
Jalan-jalan kat dalam sunway Carnival, Kayra dapat belon dari orang yang tiba-tiba nak bagi, itupun ada yang mama tolak. Nak buat apa belon banyak-banyak.












Kita gerak balik terus ke Kuala Gula, hajat hati nak makan ketam lembut, tapi habis di order orang, tak ada rezeki kita, lain kali kita datang lagi.  Sedap jugak makan atas restoran rakit, tapi berjanggut menunggu order. Tak ada gambar disini sebab muka kita semua dah tak manis.
Sesudah di sini, papa ajak tengok fireworks tapi mama dah tak larat, dalam kereta tertidur pun dah mimpi macam-macam. Balik rumah, lepas mandi mama dah segar. Nak tengok bunga api dari balkoni rumah, tapi cik kayra melalak sakan, mama selak langsir je intai dari dalam.

Tahun baru Menjelma Sudah. Mama sambut  hari kelahiran Satu Januari.