Thursday 13 April 2017

Bandung Yukkk... Day 1... 18 Mac 2017..


Salam

Wah akhirnya... inilah percutian yang mama tunggu-tunggu setelah bertahun-tahun. Daripada anak sorang sampai dah dua orang anak mama. Teringin sangat nak kesini tapi papa tu tak mau bawak mama mai sini sebab takut duit habis. walaupun dia tau kalau trip kesini memang trip untuk menghabiskan duit. Memang ramai orang malaysia mai sini shopping. 

Permulaan pagi yang indah ini bermula sewal jam 5. Mama bangun dengan penuh keriangan, kejut papa dan kami bersiap dulu, kejut anak-anak jam 6 mandikan. Kayra dan audra ok je mandi pagi-pagi sebab air panas kot. Kayra memang dah biasa mandi pagi sebab sekolahkan cuma Audra je awal-awal tu mama rasa kesian pulak kat dia tapi ok je dia lepas tengok kakak mandi.
 Kita bertolak ke airport Penang jam 6.30pagi. Perjalanan lancar sebab awal pagi sabtu kan, kawan papa hantar so kita tak payah kecoh-kecoh nak parking ke apa. 



Dan kamu berdua ok-ok je pagi tu. Luggage bag kita dua tu je. Dalam beg hitam ada baju-baju kita. Dalam beg kelabu ada beg lagi dan dalam beg tu ada makanan dan jajan-jajan untuk anak-anak mama yang tersayang. Mama readykan siap-siap roti gardenia, nutella, roti krim, susu kotak dutch lady, keropok, biskut dan air coke. Kenapa coke, sebab kalau mama sakit kepala untuk sendawa mama minum je coke. :) 


 Yes darling, kita nak pi Bandung. Suka kakak bila mama nak ambilkan gambar dia. 



 Papa cakap nak wrap je luggage kita, so kita berenti sekejap kat sini lagipun tak boleh check in lagi.
Sayang mama Si audra ni  kena pegang selalu sebab tempat luas, nak aje dia lari kesana sini. Nak dukung selalu pun tak boleh sebab dia dah beratkan. Kali ni tak bawak stroller, memang payah la sikit kat airport ni sebab dia kan takleh duduk diam.
Beg hijau kuning tu kakak gala, dalam tu ada bantal, beg polkadot hijau tu mama galas, dalam tu ada susu Audra.



Hari ni papa nak pakai kemeja bertangan pendek. Mama ikutkan je baju manapun yang papa pilih pa janji papa bawak mama ke bandung. Dah boring agaknya dengar mama ajak ke Bandung akhirnya sampai jugak kita pa. Tq ye papa...



Gambar ni sengaja mama edit bagi blur sikit sebab tengokla Audra tu, kalau tak edit dah mmg blur dia tu, tak diam seminit, nak ambik gambar yang lawa pun susah. Ni kat sebelah KFC depan kedai coklat lepas kita check in, luggage pun dah takda lepas tu kita pi makan kat mc Donalds depan kfc ni. sebab takleh masuk balai berlepas lagi.


Dah masuk dalam ada kapal terbang baru sampai. Tengok-tengok eeh, itukan abang Rabani Abang Rabani kita la, meet and greet jap, mintak dia sampaikan salam untuk ummi dan abah pastu abang rababni bergegas ambik beg dia. Audra tak ada dalam gambar sebab dia sibuk, sibuk berlari sana sini sampai langgar-langgar beg orang, jatuh-jatuh atas lantai. Geleng kepala je kakak kan...


So inilah anje kita. anje mamaPapa dan anje kakak jugak. Nak suruh dia duduk diam payah sangat, Ini pun sebab mama suruh panjat, bila suruh panjat suka lah dia. Luar kebiasaan kan. So sebab payah sangat nak bergambar, lapan keping mama ambik gambaq hang kat sini. :)


So daripada lapan keping tu, mama ambik dua gambar terbaik tu letak kat sini. Takjub sangat dia boleh bersandar kat cermin ni kan, nampak lori ke buggy bergerak kat bawah tu angkut beg, angkut orang. Suka lah dia. Tapi sekejap je, berlari lagi best katanya.

 Takpa lah anak-anak, bersedia ke tidak, tengok kat mana pun tak apa janji mama dapat bergambar tengok kamera. :)



Dah-dah mai la kita naik kapal terbang. Tak sabar dah mama ni nak sampai destinasi. Malindo air dari Penang ke Kuala Lumpur dijamu pizza dan pie beserta air oren. Happynya kita. Audra pulak mama mintak air oren letak dalam botok kat stewardes, senyap la dia gonggong botol tu. Aman perjalanan kita ke Kuala Lumpur.


Transit kat KL. Rehat la kejap. Tengok tu mata audra, gelap kan. Seminggu sebelum bercuti (hari sabtu) dia jatuh tangga (takmau cerita, sedih) pastu ok je dia, hari isnin hantar dia ke taska macam biasa, masa mama ambik petang tu kulit dia dah gelap (area mata), takut mama terus bawak ke doktor. Doktor cakap tak ada apa-apa tapi doktor pesan lain kali bawak ke klinik lepas jatuh yang kuat. Doktor cakap mama rasa takut bila kulit mata anak mata jadi gelap tapi tak takut lepas anak jatuh. Kena sekali...



Dah dah, barang yang lepas jangan dikenang. So sekarang kita nak kemana? Nak pi Bandung kan, tinggal semua cerita sedih, moh la kita naik pesawat...


Gambar yang papa sempat snap. Mama letak la satu. Mama tak sempat pegang kamera sebab lebih banyak pegang tangan anak. :)



Kita dia atas awan dan mama diawang-awangan. Malindo air jamu kita nasi briyani dan makaroni untuk kakak. Ada pie jugak dan air oren. Audra tidur.



Pilih-pilih cari mana beg kita. Terselit jugak Audra kat situ. Kecik je dia. Sibuk nak ambik beg jugak. Ramai yang berkumpul, dan ramai yang merungut-rungut tak nampak beg sendiri. Kita pun sama, tercari-cari beg kita...



akhirnya, hanya satu beg ini saja selamat sampai. kat dalam ni cuma ada makanan dan baju anak-anak sorang selai. Satu lagi beg terkandas di Kuala Lumpur. Kitakan transit kat Kuala Lumpur, mungkin depa tak sempat nak alihkan semua beg dari Penang ke kapal terbang yang nak bawak kita ke bandung sebab penerbangan dari Penang delay.


Apa-apa pun kita check in hotel dulu, mandi-mandi dan tukar baju kakak dan audra. Nasiblah ada 2 helai baju extra untuk depa. Sorang selai dalam lugage makanan, lagi sepasang dalam beg mama. Papa mama tak apa asalkan anak-anak cukup segala. :)
De Batara Hotel ni kat Jalan Cihampelas. Kat sederet dengan kedai-kedai jual-jualan jugak, beg jeans semua ada dan nak ke Cihampelas Street pun dalam 7 8 minutes walk distance jugak la. Tak jauh. Tapi kita tak sempat sangat nak ke kedai-kedai depan tu.



  
⇑ Bilik Kita. Besar kan. Sebenarnya kita book untuk satu katil besar dan satu katil bujang, tapi bila sampai kita tak dapat yang macam tu kita dapat ganti dengan yang lebih besar tanpa tambahan kos. So kitapun setuju tanpa banyak soal. Ini rezeki kita, rezeki anak-anak mama.



Pelan kedudukan bilik.



Ini permandangan dari bilik kita. Bila kita buka tingkap, kita nampak jambatan tu, bila kita keluar dan lalu atas jambatan, kita nampak hotel kita. Hotel kita tak besar tapi kita duduk dalam bilik yang besar la jugak. :)



Ini kereta kita sepanjang kat sana. Supir namanya Tisna. Dia ok dan tak banyak cakap. Bila tanya baru bercakap.  dah cukup besar dah avanza ni dengan 4 orang kita, cukup selesa.



Luas kan tapi anja tu tetap nak duduk tengah-tengah. Berebut dengan kakak. Apapun, dia tetap menang. Kesian kakak kena beralah.



Apa-apapun beli simkad dulu. Mama pakai Telkomsel kat sana. senang. Ambik yang data saja sebab senang nak wassap. kalau call pun boleh pakai wassap call. Ni kat depan toko 3.



Ni ha Toko 3. Papa cakap dari malaysia dok sebut-sebut toko 3 je, ni dah sampai, ambik gambaq dulu. Lepas la kejap mama ni tangan anak sebab nak ambik gambaq toko 3 sat.



Ok la, banyak jugak la baju dan sangat banyak jeans. Memang mama nak beli jeans kan, so dapat la dua helai walaupun dalam keadaan hura-hara dengan anak-anak. Kemeja, banyak yang mama tak muat rupanya, kena kurus ni baru boleh mai shopping lagi kat sini.



Ini kat bawah. Ada jugak perkhidmatan potong kaki seluar. Tapi lupa plak nak tanya kena bayar asing ke tak sebab mama tak potong pun kaki seluar mama. masih hujan renyai kat luar. Tapi kita redah je la. supir tunggu di seberang jalan so kta kena melintas untuk pi kat kereta. Takut jugak nak lintas sebab kereta banyak. Tisna dah tunggu.



Lapar pulak kita, apa pun tak makan lagi sejak sampai tadi harapkan makan atas kapal terbang je la. Anak-anak mama makan la roti gardenia sorang sekeping dengan susu kotak. so far, tak dengar sesiapa merungut pun. Hari ni mama nak makan iga kat mas giri. Iga tu apa ?  iga tu tulang rusuk. Datang Bandung kena try kedai ni tau...



Ini menunya. Iga bakar fillet tu RP 22k kira-kira RM7 duit kita, Iga bakar steak RP 36k dalam RM12, Ayam penyet RP25K dalam RM8 dan iga bakar blackpaper RP39k dalam RM 13. Not bad la kan harga dia. 


Ini pulak jus alpukat Rp11k  dalam  RM3.60 duit kita. Sedap ya ampun. Pekat memikat, manis menggoda, lemak semua cukup.



Kita berempat kat dalam kedai tu. Masuk kedai ni rasa macam bukan kat Indonesia, dalam tu rata-rata orang Malaysia. rasa macam mai reunion. Bahasa Kelantan, utara , terengganu, negeri sembilan semua ada tu... hahahaha



So menu kita malam tu sup iga, iga blackpaper , ayam penyet dan tauhu goreng. Tauhu pun sedap nau. Teringat dah ni makanan Bandung. Sup iga tu adoii mak, rasa macam nak tambah lagi...



Tu je la kot apa yang kita buat hari ni. banyak masa habis dengan menunggu beg yang tak sampai-sampai. Esok insyaAllah beg kita sampai. Pihak airport nak hantar ke hotel tapi papa cakap tak payah la, kita akan ambik di airport sebab risau kita tak ada kat hotel, lepas tu beg nanti macammana. Mama dok rasa dah esok masa kita akan terbuang lagi.

Lepas makan gerak balik hotel. Tuan puteri berdua dah penat bangett. Selamat tidur sayang. Sore sudah...

-Di Bandung kita 18/3/2017





No comments:

Post a Comment