Tuesday 22 September 2015

Cameroon Highlands 2015- bawak salsabilas jalan-jalan....



Huiiiii....tepis tangan kiri kanan, bersawang dah nih. Takleh buang sawang pakai penyapu dah ni, pakai kena vakuum terus... hahahaha...
Baby no 2 pun dah nak masuk 4 bulan dah. Dah banyak cerita kita dah miss. Ada gambar raya, nak buat jugak, tapi nanti mama belated je lah. Semangat nak cerita yang ni. Aah la, patut tunjuk gambar raya dulu sebab tu lah kali pertamanya kita in a proper way, proper attire bergambar sefamily berempat. Tapi tak apa lah. Mama buat entry ini lah dulu.
Hajat hati nak buat lah entry 'biar gambar berbicara' memang banyakpun gambaq, tapi tak syoklah pulak asyik-asyik gambaq, sikit-sikit gambaq walaupun gambar berlambak jugak ni. Tak tau dah mama nak tulis apa sebab dah hampir sebulan dah peristiwa ini berlaku.


Sesampainya  kat Cameroon Highlands, lepas singgah kat satu masjid tu untuk gosok gigi dan basuh muka serta sarapan sekejap, kita terus kesini, MARDI. Ambik mood dengan taman bunga kat sini. Lama dah tak kesini. 

Nyaman je suasana pagi di Cameroon Highlands. Rasa macam nak dok sini terus. Tapi kat sini jauh dari Penang camne tu ?


 Sepanjang di sini Audra tidoq ja dalam stroller. Sebab dia suka stroller kakak ni, sebab kesukaan inilah papa kena pertimbangkan untuk beli stroller baru untuk Audra kan ? Tu lapik alas tu macam tilam je lembutnya mama beli kat lazada. Sebab tu audra suka sebab boleh lying down empuk-empuk macam atas katil baby. Ok papa ? Fliplite Halford ok ? Hahahaha....


 Baby tak meragam, bolehla mama bergambar sepuasnya. Papa usung je kamera kesana kemari, apa lagi mama...

Rapat sangat dengan papa sekarang. Mama dah banyak uruskan adik pulak . Tapi kita tetep best friend forever kan ?



 Bersama kakak yang tiba-tiba saja dah jadi besar. Dulu masa tak ada adik, mama layan kayra macam baby sangat. Sekarang dah tak boleh dah.


 Taman rose. When Ros and rose meet.


 Gambaq dah la tak centre, tak tau focus point kat mana tapi tetap suka sangat gambar ni. Sebab ada tiga orang kesayangan mama.


 Lagi satu gambar. Suka. Baby Audra macam biasa, tidoq sebab setengah jam sebelum tu dia menangis nak susu, so mama bawak Audra pi lepak surau sat menyusu dia, lepas kenyang terus dia dibuai mimpi. Ya, baby Audra setakat ni breastfeed. Dulu dalam pantang je ada dua tiga kali bagi susu formula sebab susu mama tak ada.


Kayra suka strawberry cicah colat so papa belikan dia sambil-sambil tunggu mama menyusu Audra kat surau tu, pastu dah lama sangat sempat la depa bergambar. Eh silap, papa yang tangkap gambar Kayra.

 Pastu kan... kita pi Taman Agro Al-Mashoor kat Kampung Taman Sedia. Mama rasa macam nak makan scoon plak.


 Ha tu dia, setalam depa bagi. Scoon tu sebijik besaq sikit pada penumbuk Kayra. Dua cawan teh, mama takleh minum teh, papa belikan mama satu mug milo.


 Mama bersama dua Salsabila. Ada terselit bunga sekuntum kat telinga si Audra tu kerja kakaknya. Suka hati awak la sayang, adik awak, jangan bagi adik sakit sudah....


Alololo senyum pulak si Audra ni. Mata kiri tu bengkak sikit. Tak tahu kenapa dari semalam tu berair je matanya. Kawan-kawan mama cakap mama ada silap makan kot. Kot-kot mama ada termakan benda gatal ke, kadang-kadang mama lupa yang mama ni menyusu badan.


Tak tau dan tak ingat depa dua orang dok sembang apa. Ha tu la, lambat lagi nak buat entry. Yang mama tau lepas tu Kayra kena marah. Hmmmm....



Lepas makan makanan orang putih tu kita pi check in. Bala's chalet atau nama barunya Planters Country  Hotel. Tempat idaman mama ni. Walaupun ada orang kata menyeramkanlah apa la. Mama tak kira, mama nak duduk sini jugak.

Pastu masuk bilik tukar diapers Audra, mandikan dia sekejap, susukan lepas tu keluar balik. Sebelum keluar, papa order dinner malam nanti.

Masa mama mandikan Audra, sempat lagi papa keluar snap gambar . Ini kat garden depan Bala's Chalet.


Ini pulak gambar bilik yang kita duduk malam tu. Tu dia aih, gambaq toilet pun ada.


Selepas itu, tanpa melengah-lengahkan masa lagi. Kita keluaq pi ladang teh boh. Mama surrender awal lagi, mama tak mau naik sampai atas. Cukuplah bergambar kat bawah. 
Kakak Kayra. Papa bawak mai sini sebab nak tangkap gambar macam ni la, gambar posing serupa di tempat yang sama masa Kayra umur tiga tahun dulu. Gambar sebelum dan semasa mana ntah mama letak. Cari tak jumpa.


Tunggulah jugak mama dengan Audra tengah panas sebab papa nak dapatkan posing yang paling cun sekali. Nasib baiklah tak panas sangat. Cameroon lah katakan...





Balik Bala's Chalet nak la sekejap rehat-rehat tapi papa kata jangan la buang masa, mari lah tangkap gambar. Rehat2 sekejap tunaikan apa yang patut kita keluar bergambar sekeliling chalet. Kita mulakan dengan di dalam bangunan dulu. Ini dining room.


Ini ruang legar dimana tangga tu menuju ke bilik tingkat atas. Cantik gila, mama suka sangat.


Cantik kan susun atur dalaman. Rasa macammana ntah bila masuk sini. Macam best ja...



Alololo nanomei mama. 


Cintahati. Cinta yang terbahagi,  tapi sangat indah bila digabungkan. Mama sanggup buat apa saja untuk kamu berdua. Mama akan paksa papa juga buat apa saja untuk kamu berdua. Kikikiki....



Bila masa ntah depa tangkap gambaq ni. OOO wefie tak ajak mama n Audra ye...


Eh, ini gambar masa angkat barang lepas balik dari ladang teh sungai Palas tadi.


Ini gambar kat garden belakang


Ini pulak kat sign board tepi jalan.


Nak jugak-jugak pegang adik dia.

Kurus plak mama time. Sekarang dah gemuk balik, sekejap kurus sekejap gemuk alien ke apa....


Dinner kita malam tu. Candle light dinner berempat. kikikiki....


Makanna belum sampai tapi meja dah siap setup.



Makanan... terliur dah ni...


Banyak gambaq, nak senang compile ja semua. 

Malam tu kita semua tidur tak sedar diri sampai ke pagi. Walaupun sebelum tu papa dok kata seram...seram.. tapi tak seram pun mama rasa. Audra pun steady ja tidoq, takdak pun dia menangis apa. Orang kata baby kalau nampak benda yang menakutkan dia menangis pelik, tapi takda pun. Bukan apa sebab papa baca kat internet kononnya Balas chalet ni tempat yang menyeramkan tapi Alhamdulillah, ok ja semua. Audra ok, Kayra pun ok. Lega hati mak nak...

Keesokan harinya, kita bergambar lagi kat garden belakang. Next time mai Cameroon lagi dan kalau kalau ada rezeki menginap kat sini lagi , kita dok bilik belakang na papa...


Anak sulungku dengan anak patung memang tak dapat dipisahkan. Suka sungguh...

Audra Salsabila. Mata sepet sebelah, kenapa ntah. Dua hari sebelum tu macam berair je mata. Mama silap makan kot. Sorry ye baby nombor 2.


Kayra Salsabila yang dah mula patah gigi. Takpa, tak ada gigi pun mama tetap sayang. Nampak comot sikit, maklumla mama sekarang nak kena jaga dua anak, kalut. ( Amboih, orang yang anak lapan pun, terjaga je anak, macammana tu ? )


Gambar last kat garden belakang.


Lepas bergambar semua lebih kurang, masuk bilik siap-siap. Lepas settle semua papa uruskan checkout. Lapaq dah ni, kena cari nasi lemak nih...



Sebelum balik papa singgah beli sayur mayur semua. Mama n Audra tunggu dalam kereta sebab malas lah nak jalan, penat. Kereta park jauh sebab ramai sangat orang. Kakak Kayra je ikut papa.

Lepas beli sayur kita terus shoot ke Ipoh, singgah makan pastu terus shoot ke Taiping singgah rumah Tok Honey sat bagi sayur n strawberry. Tak berapa lama singgah sekejap je, balik rumah terus. Penat la kita sebab esok nak kerja pulak. Kakak nak ke sekolah. Baby tak apa lah boleh tidur je kat Taska.

Esok tu baru sempat masak. Makan malam je la pun yang ada masanya. Mama masak sayur campur dengan sayur-sayur cameroon. Best sangat kali ni sebab kita dapat beli baby carrot. Gambaq masakan tak tangkap pun. Sebab mama mana dan nak gambaq-gambaq dah sekarang ni, maklumlah anak dah dua.


Tu je lah nak cerita...


xoxoxoxoxo