Thursday 19 September 2013

4th Appointment - Fisio



Lambat macam siput nak update blog pun....jalan pun masih lambat-lambat jugak....


Seperti yang dijanjikan pada 4 september 2013 appointment mama yang keempat dan genap sudah 7 minggu lepas surgery. Awal-awal pagi papaMama dah gerak ke BSC seawal jam 730 pagi lepas hantar Kayra pi school.

Permandangan atas highway lepas tol Tambun sebelum Juru. Berjerebu cuaca Pulau Pinang masa tu...


Lengang...... 
Hantar kad appointment dan diberitahu Doktor Tan akan sampai dalam jam 10.30 pagi. Tak apa, kita cari makan dulu...


PapaMama keluaq cari sarapan kat luar tapi macam tak berapa nak memuaskan hati la...so, kami berpatah balik ke BSC makan kat kantin. Sedap, meyihatkan dan bersih.


Ramai sudah menunggu tapi nasib baik sebab tadi mama dah mendaftar awal. Bila doktor sampai saja, mama terus dapat masuk. Syukur...

Dr Tan cakap...
Kaki mama dah boleh gerak-gerak kiri kanan bawah atas. Dan bila tengok tarikh, sudah genap tujuh minggu tempoh selepas pembedahan. Jadi, dia beranggapan kaki mama sudah boleh menerima beban berat badan. Dengan ertikata lain, mama sudah boleh cuba belajar berjalan. Tetapi kondisi otot di betis dan pergelangan kaki agak lemah, jadi mama kena buat latihan fisio. So, lepas tu mama ke bilik fisioterapi pulak.


Mama ditolak papa ke bilik fisioterapi. Dekat-dekat situ saja...


Bila masuk, ini yang mama nampak dulu.


Papa daftarkan nama mama untuk buat kad pesakit. Sementara betis dan kaki mama diukur.


Mama disuruh baring dan dibawah tempat pembedahan tu diletak ais sebab kaki mama masih bengkak.


Regangan. Pergelangan kaki mama masih keras masa ni. Khairudin (fisioterapist mama) mintak mama tarik sendiri. Sakit jugak...


Lepas tu, beban diikat pada pergelangan kaki mama .


mama disuruh angkat kaki begini. Tapi serius mama tak tahan, mama tak larat angkat kaki sangat sebab maklumlah, dah sebulan lebih kaki kiri ni direhatkan.


Urut. Serius sangat sakit masa ni. Betis, pergelangan kaki, tumit memang sangat sakit. So mama mintak stop sebab tak tahan sangat.


Lepas urut rasa macam lega sikit. Mama diminta turun daripada katil dan berjalan ke palang ini mama tak mampu berjalan  masih perlu bantuan tongkat.


Agak-agak boleh ka ni ???


Hmmm.... masa kat step ni, mama rasa macam kaki mama dah kuat untuk melangkah


Step terakhir dalam bilik fisioterapi ni adalah ultrasound massage (rasanya lah...mama pun tak faham sangat) , kaki mama diurut dengan menggunakan alat mesin ultrasound selepas disapu gel untuk melicinkan. 


So sekarang, mama ada dua kad appointment.  Satu yang atas tu  kad Doktor Tan dan satu lagi kad fisioterapi. Mama akan buat latihan fisoterapi sebanyak dua kali seminggu kalau boleh.



Mama dah dipesan agar meneruskan latihan yang diajar oleh fisioterapist tadi di rumah. Mama akan buat sebab mama sudah berjanji pada diri sendiri, bila tarikh berjumpa dengan doktor nanti, mama akan berjalan masuk ke dalam bilik doktor tanpa bantuan tongkat.

InsyaAllah...


Tuesday 3 September 2013

3rd appointment- Cast sudah dibuka....


Akhirnya tarikh 28 Ogos yang dinanti sudah tiba. Seronoknya macam Kayra nak sambut raya. walaupun dalam seronok tetap berdebar di dada. Ya lah kan, mana tau nanti tiba-tiba doktor kata proses penyambungan tu lambat nak sembuh dan mama kena pakai cast lagi. Jenuh la mama...
Pagi tu awal-awal lagi papa dan mama dah sampai. Pukul lapan dah hantar kad appointment dan berharap menjadi pesakit pertama yang jumpa doktor pagi tu. Tapi disebabkan awal lagi, papa tinggalkan kad kat kaunter dan kami pergi cari sarapan dulu. 

Pagi itu, kosong lagi suasana kat kaunter depan.


Pukul sembilan lebih papaMama dah terpacak kat depan klinik. Tunggu dulu sebab doktor pukul sepuluh baru sampai.


Ini adalah hari terakhir kaki ini berbalut. Harap-harap tak ada aral yang melintang. Mintak-mintak jangan la doktor cakap mama kena pakai simen lagi...


Pukul sepuluh lebih sikit, nama mama dipanggil. Dan macam biasa cast dipotong...


hehehe...Kopek


Gunting kapas kat dalam tu...


Gunting kat sebelah sana pulak...


Buang cast. Huh lega...


Akhirnya, kaki ini bebas daripada memakai cast...


Lepas tu, jumpa doktor.


Doktor Tan cakap...
Buat masa sekarang, kaki itu jangan dikenakan apa-apa beban lagi sebab cast baru dibuka. Mama cuma dinasihatkan agar menggerakkan perlahan lahan pergelangan kaki tu. Dan doktor cakap lagi, kalau nak cuba-cuba berjalan, cuma boleh gunakan frame besi (yang mama selalu guna tu) dan gerakkan tapak kaki dengan gaya berjalan tapi jalan pijak terus ke lantai. Minggu depan 4 September 2013 genap 7 minggu selepas pembedahan, fisioterapi pertama mama akan dimulakan. Itu saja doktor cakap.


Balik rumah, papa sapukan minyak kat kaki mama untuk bagi kembang kuping kotoran di kaki. Bengkak kaki mama.  Sakit sikit.


So, tak sabar nak mulakan sessi fisioterapi pertama mama. 4 Sepetember 2013. Genap tujuh minggu.



Mama akan belajar berjalan balik. Dalam seumur hidup ini, sekali nikmat berjalan itu ditarik balik, dibagi peluang mama merasakan ketidakupayaan ini, pengalaman ini menyakitkan tapi pastinya ada hikmah disetiap kejadian.  Allah bagi signal. Mama sedar akan hal  itu...



xoxoxo