Sunday 30 October 2011

Kuala Kurau Tanpa Cik Kayra

Sabtu pagi, kayra kena ke kindy jugak. MamaPapa ada banyak hal nak diuruskan. Papa saja sebenarnya tapi papa nak jugak mama temankan. Papa nak pergi tengok kerja kat Kuala Kurau. 
Lepas hantar Kayra ke kindy, mamaPapa pergi sarapan kat nasi kuning dan terus kesana. 
Mula-mula kami ke jejantas kuala Kurau dulu, lepas tu ke Pekan Kuala Kurau pulak.
Sambil-sambil papa tengok kerja kat feeder pillar ( betul ke eja ni ? ), mama snap gambar bunga-bunga liar. 
Kerja-kerja kat Papa kat Pekan Kuala Kurau buat kat atas jambatan. Besarnya Kuala Sungai yang mama nampak. Kerja-kerja kat situ ganti lampu yang rosak kat atas jambatan yang menghubungkan antara  dua daratan di kuala sungai. Melalui jambatan itulah, orang dari perkampungan nelayan lalu kalau nak pergi ke Pekan Kuala Kurau. Cuma motosikal dan basikal je yang boleh lalu, kereta tak boleh.
Nasib baik Kayra tak ikut, kalau tak, bahaya jugak kita duduk tengok-tengok kat atas jambatan tu sebab banyak betul motosikal yang lalu.
Kita tengok gambar nak ? Gambar Mama, gambar papa, dan gambar Pak Ya kawan papa...













Friday 28 October 2011

Bila Kita Lapar Dan Kesejukan

Bila musim hujan, perut pun lapar. Tak tau la memang sinonim ja sejuk dengan lapar. Automatik. Hujan petang lak tu, nak keluar tak boleh, takut basah. Last-last, masak, makan. Ada jugak la aktiviti yang dibuat.
Memang menggila la hujan sekarang ni, lebat mencurah-curah.
ok, petang kemarin mama masak. Ada ikan, daging dan puyuh kat dalam fridge. Dari pagi terfikir nak buat apa. Last-last sampai kat rumah buka fridge terus capai. campak-campak je kat dalam kuali terus menjadi.
Simple je, tapi kita bertambah-tambah jugak makan. Semalam kayra mama hantar kat rumah mama Azie, sebab school kan cuti sempena Deepavali. Masa ambik petang tu kayra tidur. Lepas mama masak, kejut untuk makan, terus dia bangun. lapar rupanya anak mama.
Dah le masa ambik kayra tu mama singgah beli cucur udang. Hajat hati nak beli untuk mama Azie saja, tapi terbeli untuk kita jugak. Itupun habis jugak kita telan...
Papa cakap nak keluar malam, tapi tak jadi. Kita bertiga, berkubang kat atas katil je la malam tadi berebut tab, main angry bird...

Seronok memasak, lebih seronok bila tengok orang kesayangan kita makan.

Ini sup caca merba namanya. Ada daging, ada tauhu ada telur. Belasah je la. Tak tau dah nak buat sup apa untuk kayra.

Budak seksi meksi tengok tv amboi dekatnya... tertengok iklan chips, nak aje dia...

Dah tiga tahun anak dara ni. Sekejap saja masa berlalu...

Kau tunggu nasib kau hari ni.... Lu tunggu.....

Thursday 27 October 2011

Kita Dah Kehilangannya....

Wan ada enam beradik. Empat lelaki dan dua perempuan. Wan anak kelima. Yang sulung abang, arwah yang mama panggil pak ngah. Mama pun tak pasti kenapa panggil pakngah, bukan paklong. Dah bertahun meninggal sejak mama tingkatan empat lagi.
Semalam, 26 oktober 2011. Abang kedua wan pulak meninggal setelah bertahun juga menderita sakit. Kayra sempat kenal tok lang dan jumpa dah dua tiga kali. Sekarang dah dah tiada.
Banyak hal tok lang wan uruskan, mama tau wan puas hati sebab sempat berbakti untuk tok lang sepanjang hidupnya. Sekarang ada dua orang lagi kakak dan seorang adik wan yang masih ada. InsyaAllah, mama akan rapatkan hubungan kita lepas ni. Kita takkan lupa saudara-saudara tua kita lagi. InsyaAllah, bukan saja saudara sebelah mama, kalau boleh sebelah papa pun. Mama janji.
Suatu hari nanti kitapun akan tua, dan pastinya kita harapkan anak cucu datang menjenguk.

Belasungkawa buat arwah Pak Lang aka Ayob Bin Awang. Semoga damai di sana...
Al fatihah.....



Tok Lang bersongkok putih duduk disebelah pak lang masa majlis pertunangan mama.



Tuesday 25 October 2011

Menunggang Dan Membonceng Motor Papa

Petang tu mama dan Kayra sampai di rumah dari Kindy. Papa dah sampai. Kereta papa takda, papa naik motor balik rumah. Kayra dah best tengok motor papa. Dah masuk rumah, kiss papa lebih kurang, sekejap-sekejap selak langsir tengok motor. Sesekali mama dengar "Bye, bye motor papa.... "
Hujan lagi petang tu, papa balik pun dengan basah kuyup satu badan. Kan dah tau sekarang musim hujan petang tapi papa tetap jugak nak naik motor. Ada hajat lah papa tu nak bawak Kayra ronda-ronda naik motor sebab dah lama tak bawak dia.
Petang tu hujan turun lagi sampai la kita selesai makan. Kita naik atas rehat-rehat. Hujan petang dah berenti. Lepas maghrib papa ajak keluar. Kelam kabut kayra ambik helmet hijau. Panggil-panggil mama suruh cepat.
Kita tak kemana sangat pun. Kita ke pekan Nibong Tebal masuk Yawata dan balik singgah makan lin chee kang. Rugi mama tak dapat tengk master chef kat tv malam ni tapi seronok tengok Kayra happy.

Motor ni lah yang Kayra nak naik

Mama betulkan helmet dulu sebelum naik motor.

Tak boleh naik lagi, kena bergambar dulu....mama cakap...

Ok, kayra dah naik motor dengan papa....


Kat Yawata, habit gigit kuku yang mama marah sangat....

Sama je anak beranak, mama jentik tangan tu dua kali.....

 Peace, tak habis-habis lagi bergambar....

Ok, gambar last. Kita bertiga....

Sunday 23 October 2011

Meraikan Ulangtahun Hari Lahirmu

Blow your candles Kayra, now you are three.....

Hari ni hari lahir Kayra. MamaPapa buat makan-makan sikit. Segan nak cakap birthday party sebab tak nyanyi lagu happy birthday, cuma ada kek dan belon. Makan-makan pun ala-ala Malaysiana sebab mama hidang nasi tomato je. Bukan mama masak, papa tempah . 
Jemputan kita tak ramai. Cuma jemput Tok Honey, mak anjang kakak mama dan mama Azie. Mama Azie datang dengan kawan-kawan je sebab abah tak dapat ikut. Kayra panggil abah kat husband mama Azie. Sepatutnya maksu datang jugak, tapi paksu ada hal lain, so tak dapat la maksu makan kek Kayra hari ni.
Nasib baik rumah kita takda sofa, dapatlah ruang yang luas untuk kita ramai-ramai hari ni.
MamaPapa puas hati dengan majlis hari ni sebab makanan kita habis. Siap boleh bungkus untuk 3 keluarga. Kira   ok la dengan perancangan kali ni. Makanan pun sedap. Kek birthday Kayra pun marvellous. Memang sedap chocolate indulgance secret recipe ni. Memang mama rekomen.
Dah...dah...kita layan gambar je la k. Mama rasa penat sangat ni plus kenyang sekali...hehehe






















On Your Birthday

It's your Birthday now you are Three
These jolly puppies, full of play,
Say Happy Birthday Three Today!
And here's a wish that's just for you:
Have lots of fun the whole day through!






Kayra lahir  23.10.2008 pada jam 1.46 petang. Caesarean

Saturday 22 October 2011

Sebelum Ulangtahun Hari Lahirmu

Hari yang penuh aktiviti. Mana nak cerita dulu, mama pun tak tau. 
Hari ni Kayra pergi jugak kindy just untuk main-main. Pagi-pagi lagi kayra dah menangis sebab sejuk mama mandikan. Sekejap je lepas tu dia la dia. Merajuk-rajuk tapi tetap nak ke kindy. Hari ni mama tinggalkan kamera kat kindy mintak teacher Pratibha tangkapkan gambar Kayra. MamaPapa pergi sarapan, pergi market dan macam-macam dibuat tanpa Kayra.





Lepas settle semua tu, mamaPapa balik rehat sekejap lepastu pukul 12 pick up Kayra dan kami semua gerak ke Semanggol tengok kerja papa sekejap. Kita lapar, makan bihun sup dulu kat Selinsing. Pastu sambung tunggu papa kerja. Kayra boring, main game angry bird kat tab. Papa upah kayra lagi dengan aiskrim, sedapnya rainbow...




 Tak kenyang lagi ? Kita singgah Secret Recipe tempah kek dan makan lagi. Ok la agaknya chocolate indulgence ( betul ke eja ?) tu. Kami snap-snap gambar dalam kedai tu. 






Pastu kita pi basuh kereta mama. Macam biasa Kayra mesti excited bila masuk dalam mesin tu. Mesin ?



iye......iye....., lepas tu kita balik. Kemas rumah apa yang patut. Basuh baju sidai baju. Kemas rumah. Esok kita sibuk, sibuk untuk Kayra.....