Friday 29 July 2011

Makan-makan kat ofis hari ni....

Pagi tadi bangun awal colour drawing sikit. Semalam tidur pukul satu,ingatkan lepas kayra tidur nak la buat kerja tapi tak dapat la sebab mata dah letih sangat, badan penat dan bantal memanggil.
Tapi nasib baik lelap mata lepas kerja kat dapur dah clear so tak banyak la kerja pagi ni.
oh ya,  hari ni ofis buat makan-makan. Tiap sorang bawak satu lauk.Ada yang tak bawak lauk tapi bawak sarapan pagi atau pencuci mulut.
Takda benda sangat nak cerita, layan gambar je la....

Yang disiapkan pagi ni, bekal papa, sambal ikan dan bekal kayra.

tengok, dah ada orang ambik nasi tu....

usha-usha dulu dari atas

Para pencuci mulut, para desert dan para pelapar

Semua nampak sedaplah...

Mama and her lauk...


semua orang makan je takda komplen-komplen. Minggu depan dah puasa.

Selamat berpuasa kepada semua yang baca blog saya.

Kepada silent reader, apa kata tinggalkan jejak boleh saya buat kunjung balas...

mama penat la....

Esok nak buat makan-makan kat ofis. Tengahhari cari ikan mambu nak buat sambal. Ikan mambu tu ikan kayu atau ikan tongkol, sama je la tu. Tengok kat kedai semua dah tak berapa nak segar tengahhari tadi. Petang balik lepas ambik kayra cari lagi kat Taman Ilmu, macam lama sangat, mata merah, perut pun dah nak pecah. Tengok pun tak selera.
Text papa ajak temankan pi Econsave (padahal depan ofis je pun..). Papa cakap ok. Siapkan kayra , papa balik   terus keluar.
hampanya hati bila kat econsave pun takda yang elok, so sambar je la ikan sardin kecik-kecik tu. Lepas beli terus keluar. kayra sempat capai aiskrim, tak sempat nak cakap no...hmmm bayar je la..
Cakap kat papa, malas nak masak hari ni, kita makan kat luar je.
malam, ketang ketung masak. Buat sambal je ikan tu. Pastu kesian lak kat kayra. Masakkan sekali bekal untuk dia ngan papa bawak esok pagi.
Wah  !!!   mama sangat penat. 
Ada drawing nak colour lagi ni. Macammana ???










Thursday 28 July 2011

Kalut, kelam kelibut, semak dan hectic...

Banyak benda nak buat minggu ni sampaikan nak update blog pun tak sempat. Minggu ni last makan siang. Jumaat ni ada makan-makan kat ofis. Makan-makan dan tiap sorang kena bawak lauk sorang sejenis. Dok kalut semua pikiaq nak bawak apa.
Tuan punya blog ? jangan tanya, tak tau apa lagi nak bawak.
Minggu ni jugak kontraktor start kerja kat mahkamah syariah, nak kena selalu jenguk jugak. Kena ambik berat sikit, tu kan tugas hakiki. harap-harap kerja boleh siap dalam dua minggu ja.
Minggu ni jugak pi batu kawan tengok cadangan projek untuk sekolah Tamil yang baru. Ini, first projek kita kat SPS.
Hubby plak sibuk gak nak beli seluar sebab dah banyak tak muat...hehehe...bukan kerana masakanku...
kayra takdak problem sangat minggu ni, memang anak mama baik minggu ni...
And part last paling best...
kami semua tengah packing-packing baju lagi, ada trip last sebelum puasa...
nak naik kenderaan yang paling lama waktu perjalananannya walaupun paling dekat jarak destinasinya...

Wait for next entry...






Monday 25 July 2011

Kita kat Taiping

Sabtu lepas maghrib kita bertolak ke Taiping. Kayra tengah tidur, angkat masuk kereta terus terjaga. Tak menangis pun. Dalam kereta makan bergedel yang mama buat petang tu. Bergedel yang pada mulanya sejenis lauk dah jadi snek pada malam itu. 
Sampai rumah tok honey dah pukul 9 malam. Tok honey tak masak malam tu tapi kita tak kisah sebab kitakan dah kenyang makan bergedel. Hehehe...Tok honey ajak jugak kayra tidur dengan tok yang dan tok honey tapi biasa la kayra. Nak mamapapa jugak. 
Pagi ahad pagi-pagi kita dah bersiap. Papa nak bawak tok honey pergi market dan ajak jugak mama dan kayra temankan. So we all takda masalah. Tapi mama rasa macam anak mama ni too comel la pagi ni nak ke market. Papa cakap takpa, mungkin banyak tempat kita menyinggah. Lepas mama tocangkan rambut kayra kitapun keluar.
Kita pergi market kat Taiping beli ikan semua dengan sedara mara dia sayur semua. Papa pergi klinik sekejap. Kayra mama dan tok honey masuk nagoya cuci mata dalam 15 minit sebelum papa join kami semula. Papa beli kain untuk baju melayu untuk dia dan tok yang sekali. Lepas tu cari kedai untuk tempah baju melayu. Papa dah cuak bila kedai 'Syahrial' favourite dia tutup hari ni. Tanya kat kedai-kedai lain dah tak ambik tempahan. Last-last, mama call tailor mama kat masjid tinggi dia ambik tempahan lagi.So tak jadi la berupah-upah kat Pekan Taiping.
Kitaorang takmau balik lagi, jam dah pukul sebelas, tok honey ajak masuk muzium Taiping yang baru bukak. Dah sampai kat depan tu, pintu muzium tertutup lagi. Rupa-rupanya 12 setengah baru bukak. 
Nak masuk jugak muzium hari ni, nak cukupkan masa we all merayau kat Taiping Central sekejap. Kayra main-main kat tempat permainan kat atas. Cukupkan masa, pukul 12 setengah kita dah park kereta kat depan muzium.
Lepas berpatriotik semua kat dalam muzium. We all balik, masak dan makan. Rehat-rehat dan malam baru balik Nibong Tebal.























Saturday 23 July 2011

Sabtu sebelum ahad...


Sungguh mama rasa kelakar balik bila kawan-kawan gelakkan mama pasal mama rasa sedih bila desktop ofis ditukar baru. Mama memang jenis sentimental valueler. Hehehe...ada ke istilah tu ?
Dulu masa nak tukar first car, mama macam orang angau. Gambar kenari tu dah dekat satu album, kiri kanan depan belakang mama ambik buat kenangan. kalau jumpa kereta tu kat jalan, rasa macam nak menangis pun ada. 
Handphone pun sama, tak pernah sampai hati nak trade in, sampai boleh buat muzium dah. Banyak benda yang mama masih simpan. Casing handphone la, tali la, macam-macam. 
ini cerita dulu la, barang-barang kesayangan mama memang mama bagi nama. First handphone 3310 tu namanya    Jenny, pastu pakai handphone baru nokia jugak tak ingat model nama Siti, Handphone sabun nokia mama nama mickey, pastu kenari merah mama nama Jimmy. Macam-macam lagi. Malas nak tulis.
Hari ni hari sabtu. Papa takda pi function. Mama kemas rumah dan masak sambil layan kayra tengok pororo  ( takda cerita lain dah ). Oh ya, papa belikan kayra cd pororo, tengok dgn vcd player. Malam ni kita nak balik Taiping, barang nak kemas jugak. Sat lagi la mama buat. Sebab sikit je.
Tadi mama masak makan tengahhari. Masak lemak ayam dengan belimbing yang sangat walla...sayur bayam, goreng ikan dan bergedel untuk papa.
Malas la nak snap gambar tadi sebab ada orang kat rumah kita tadi. Segan.
hmmm......rugi je tak snap gambar kan ???


Friday 22 July 2011

Alahai...



Arrrgh... rasa macam nak tulis tapi takda mood la. Dapat desktop baru kat ofis tapi macam-macam takleh bukak. Banyak website kena blok. FB takleh, ym takleh, game takleh. Blog boleh buka tapi gambar-gambar takleh display sebabnya 'suatu waktu kita' pakai gambar dari online album. Sungguh kesian tukang tulis blog ini.
Sebenarnya walaupun ada laptop tapi lebih selesa dan seronok menaip guna desktop. Takpa la, kita tengok dari segi positif, mungkin taknak guna waktu ofis untuk update blog. Dari segi lain, ala...bukan ambik masa sampai sejam pun nak buat entry baru. Sungguh sedih tukang tulis blog ini...
Apa-apapun sangat gembira bila dapat desktop baru dan sangat kesian pada desktop lama yang telah banyak berbakti.
Hari ni hari jumaat. Esok cuti lagi. Minggu depan minggu last makan-makan siang sebelum puasa. Tak sabar nak puasa sebab bulan puasa takleh makan, boleh la diet. Puasa tu wajib means nak taknak takleh la makan. Betul-betul tak ada disiplin lain yang boleh sekat makan melainkan puasa.
Emmm... bulan puasa ni berazam untuk masak sendiri ya. macam dua tahun sebelum ni.....


Tuesday 19 July 2011

Makanan terhidang ada kisahnya...

Huh ! tajuk tak boleh tahan.
 Macam la lama sangat bercuti. Rasa lapang kepala otak bila dah rehat seminggu dari pi bekerja. Kayra pun seronok sebab mamapapa ada kat sisi 24 jam dalam masa 5 hari ni.
Mamapapa pun rasa puas melayan dia dalam masa bercuti ni. Kesian kayra, kalau hari bekerja kena duduk rumah pengasuh bila mamapapa pi ofis. Ok, mama janji dengan papa balik dari bercuti nak buat toilet training kat kayra sebab lepas birthday dia tahun ni dah nak hantar dia pi kindy. Mama tak tau bila sepatutnya kanak-kanak sebaya kayra dah pandai ke toilet, means tak payah pakai pampers lagi sebab kayra ni pun anak pertama mamapapa, tapi kalau ikut buku yang mama baca, umur kayra sekarang dah sesuai. Tapi tak tau la sebab kayra tak pandai bercakap lagi. Pronounciation and vocabs masih berterabur. Kadang-kadang dengar macam bahasa alien pun ada. Hehehe...
Berbalik kepada kisah kita hujung minggu ni. Pagi-pagi buta papa dah kejut mama ajak sidai kain baju kita yang mama basuh pada malamnya tu. Berlambak-lambak baju kotor yang kita pakai masa holiday. 
Dah siap sidai, kita ikut papa pi ofis dia sat tengok surat papa. Pastu Basuh kereta.
Luar dalam papa cuci tapi tak lama kita tunggu. Ye la sebab awal pagi lagi, kita la first customers.
Dah selesai, mama ajak papa pi pasar parit buntar jap sebab nak beli barang basah untuk masak tengahhari ni. Parking susah la pulak nak dapat. Kerana kesabaran papa yang kurang pada hari itu, makanya papa u-turn balik ke nibong tebal. Kita ke pasar pagi nibong tebal je la nak... Market yang hanya kecil 4 kali ganda daripada pasar parit buntar yang tersebut tadi. Makanya kita jangan melawan cakap papa, dan jangan disebut tentang apapun berkenaan dengan market parit buntar kerana kesannya nanti adalah kita tidak dapat membeli apapun waima sebiji bawang.
oh ya mama lupa. Alkisahnya pada hari itu adalah kerana papamama telah menjemput paksu dan maksu makan tengahhari kat rumah adalah kerana itulah mama bertekad untuk membeli beberapa barang yang kekurangan di dapur kita.
Maksu janji nak sampai selepas pertandingan futsal yang paksu .nak tengok kat seberang jaya. Dah dapat segala mak nenek barang-barang tu. Mama mula bersilat masak. Pukul 12 dah siap. Tunggu punya tunggu. kayra tertidur, bangun balik, mandi dah 2, 3 kali mandi baru la paksu maksu kayra sampai pukul 5. Rasa macam dah berjanggut tunggu. Nasib baik pagi tu dah makan nasi lemak.
Makanya, makan la semua orang dengan penuh selera. Mama masak lobster masak lemak cili api kacang buncis, rendang kering udang galah, ikan siakap sumbat cili, ayam sos tiram cendawan dan sayur bayam. Puas hati tengok papa dan paksu berpeluh-peluh makan. Lobster dan udang galah tu kita beli kat KK. 
Panjang pulak cerita mama kali ni. Kita tengok gambar pulak lah...

anak dara ni takda masalah bangun awal

Kita tolong buka kedai hari ni, customer pertama

Kecur liur bila tengok balik, Mama bangga dapat masak semua ni tau....

Main dishes hari ni....hehehe...

Susunan meja makan kita yang tak ada seni lansung...

Huh papa, periuk nasi atas meja ka...??

Kekenyangan....


Sunday 17 July 2011

Kayra says...bye bye Sabah

Flight pukul 1.15.Kami check out dari Cititel express hotel pukul 1045pg. Naik teksi lima belas minit je dari hotel ke airport kena RM30. Mahal, takda meter lak tu. Dah check in, bag besar dah masuk. Kami lepak kfc sekejap.




Kapal terbang dah sampai. Mama jalan lambat sangat la. kayra lari mama tarik tangan kayra. Best la naik kapal terbang ni.





Kayra seronok la atas kapal terbang. Tengok awan kat luar, baca majalah. Akhirnya kayra tertidur.


Mama sukalah kayra dah tidur. Papa order makanan atas kapal. Makan la apa lagi. asyik makan je...



Jom kita tengok pemandangan dari tingkap kapal terbang pulak.



Ni gambar masa nak landing






Kayra bangun dan kami keluar dari kapal. Wah leganya rasa balik ke tempat sendiri. maksu jemput. Makanya nasi kandar pun memanggil.





End of the story of our holiday.

Lepas ni kemana pulak papa ??