Friday 29 April 2011

Itulah sayang


Tanya sama hati
Apa asal sayang
Adakah tandanya nampak dipandang
Kumbang rayu bunga
Bulan dan bintangnya
Punya tanda-tanda hubungan mesra
Tanya sama hati
Pernahkah merindu
Ingat masa lena apa mimpimu
Masa berjauhan
Apa nan dikenang
Bila difahamkan itulah sayang
Jikalau tidak kerana sayang
Kuntuman kasih tak mungkin kembang
Andainya jemu mengganti rindu
Jambangan mesra tentulah layu

Tanya sama hati
Apa asal sayang
Adakah tandanya nampak dipandang
Kumbang rayu bunga
Bulan dan bintangnya
Punya tanda-tanda hubungan mesra

Bye Trainee...

adik-adik praktikal dah nak habis. Tengok depa ni teringat masa praktikal dulu. Bezanya depa ni praktikal kat JKR, aku dulu dengan kontarktor. Kena kerah jaga site, jaga piling. Sampai mak pun dah tak kenal anak dia. Muka legam. Hehehe...

Plan asal aku nak bawak ja syakira makan nasi lemak ja pagi tu, sebab syakira ni kira dok praktikal ngan aku ja, tolong macam-macam.Tapi bincang punya bincang, Mahani kata apa salahnya kalau raikan sekali 2 orang. Si Fatimah praktikal ngan bangunan, syakira senggara. Alang-alang unit senggara dah takda, kami dah bergabung. So, ok la. Buat ja kat KFC Nibong Tebal, habis cerita.

Semua cepat-cepat masuk dalam kfc, tak tau le lapar ke panas.....??

Takyah pening-pening cik faridah, namapun kfc, kita makan ayam je la...

Acara wajib, bergambar...dengan Kak Era


Makanan dah sampai, nampak sedap je pepsi tu...





Yang diraikan, Fatimah dan Syakira.

Ini bukan iklan Pepsi....


ini pun bukan iklan KFC...

Dah kenyang semua, jom balik...


Harap nanti kita jumpa lagi ye adik-adik. Bila dah grad, kerja besar, jangan lupa rumput dibumi. InsyaAllah ada rezeki, dapat kerja lebih baik dari kak ida. Kak ida doa dari jauh....

Thursday 28 April 2011

Kisah duka seorang puteri....

           
           Puteri Diana dilahirkan dengan nama Diana Frances Spencer, anak bongsu Edward Spencer dari isteri pertamanya Frances Spencer dan dilahirkan pada 1 Julai 1961 di Park House, Sandringham Estate. Beliau dibaptis di gereja St Mary Magdalene di Sandringham, oleh Percy Herbert. Diana mendapatkan pendidikannya di Riddlesworth Hall di Norfolk dan di west Heath Girl's School, di Sevenoaks,Kent.
             Ketika berusia 16 tahun, Diana meninggalkan sekolah West Heath untuk melanjutkan pelajarannya di Institut Alpin Videmanette di Switzerland, sebuah sekolah yang menitikberatkan pendidikan budaya dimana para pelajarnya digalakkan untuk melibatkan diri dengan kegiatan sosial. Walaupun Diana tidak cemerlang dalam pelajarannya tapi beliau merupakan seorang penyanyi amatur yang baik.

            Pada 24 Februari 1981 Lady Di bertunang dengan Putera Charles, dan pada 29 Julai tahun yang sama mereka telah berkahwin di Cathedral St Paul, London, dalam upacara yang sangat meriah. Hidup Lady Di seolah begitu sempurna dan telah menemukan cintanya, apalagi dengan pewaris takhta kerajaan Inggeris. Lady Di melahirkan anak pertama Putera William Arthur Philip Louis, kemudian disusul pula Putera Henry charles Albert David.
Namun selang beberapa tahun kemudian mulai muncul benih-benih keretakan keluarga dengan berpalingnya Charles ke cinta pertamanya, Camilia Parker Bowles. Selain itu Diana menderita bulimia, termasuk lima kali cubaan membunuh diri seperti dalam biografi yang ditulis Andrew Morton.Bukan hanya Charles , tetapi Diana pun terang-terangan mempunyai hubungan sulit. Harapan dan sekaligus "kepercayaan" yang diberikan oleh masyarakat dunia agar pasangan ini bahagia selamanya tidak mampu mereka pertahankan. Setelah diumumkan oleh Perdana Menteri John Major pada 9 Disember 1992 bahawa pasangan itu hidup terpisah, dan akhirnya pada 28 Ogos 1996 keduanya benar-benar berpisah. Kisah bak dongeng yang (diharapkan) serba indah pun berakhir.
            Harian Woman's Day menulis pada edisi 31 Ogos 1997 berjudul Diana Jatuh Cinta, Diana oh Diana...., menceritakan semakin intimnya Lady Di dengan milyader Dodi al-Fayed . Siapa tahu, redaksi harian ini malam harinya harus menyiapkan aneka tulisan untuk disajikan esok harinya, berkaitan meninggalnya Putri Diana dengan kekasihnyanya Dody, pemandu kereta Henri Paul dan bodyguard Al-Fayed Trevor Rees-Jones dalam suatu kemalangan lalu lintas di Paris, (31/8) tengah malam itu? Mereka telah memilih judul berita utama Putri Diana Mati Disaat Menemukan Cinta Sejati, kerana ternyata sepanjang perkawinan dengan Charles berdasarkan pengakuannya di biografi ataupun wawancara dengan media, dia tidak pernah merasakan indahnya cinta sejati. Dengan caranya sendiri dia mencuba menemukan cinta sejati itu. Namun takdir menentukan lain. Tiada hal yang pasti di dunia ini, kecuali kematian, dan Diana telah membuktikan hal itu. Dunia terkejut dan bersedih. England terkejut dan "marah". Namun Diana telah pergi dan tidak akan kembali. Tidak akan ada lagi senyum menawan wanita pemalu yang menyayangi kanak-kanak dan antara lain aktif dalam kempen di seluruh dunia, mencintai muzik klasik dan balet, serta pemain ski ulung dan jaguh renang.
            Menjadi seorang public figure, apalagi seorang wanita cantik yang pada waktu itu menjadi isteri seorang calon pewaris tahta kerajaan, memang tidak mudah bagi Lady Di. Di mana saja dia berada, sorotan kamera televisyen, kilatan blitz foto, dan coretan pena di atas buku nota, sentiasa mengiringi. Seolah apa saja yang dia lakukan, apalagi setelah mulai melakukan affair, menarik dijadikan berita. Belum lagi, dengan kehadiran paparazzi yang selalu membuntuti orang - orang penting dan kaya untuk difoto paling eksklusif dengan imbalan tinggi dari media yang bersedia membelinya.dan ini yang tentunya lebih banyak dan lebih memeningkan.
            The Sun, The Mirror, dan Daily Mail, adalah tiga tabloid di Inggeris yang membayar paling tinggi foto-foto eksklusif kiriman paparazzi. Salah satu penyebab kecelakaan maut Diana dan Dodi itu adalah akibat paparazzi yang bertindak berlebihan dan pantang menyerah kerana mengejar bayaran tinggi. Tapi masyarakat dunia tidak dapat menyalahkan sepenuhnya pada paparazzi maupun media yang terus memberitakan perkembangan kisah Lady Di kerana mereka memang tertarik menikmati perkembangan berita terbaru cerita puteri itu.
            Kesan hebat dan duka dunia atas meninggalnya Lady Di, menunjukkan bahawa wanita itu memang memiliki karisma luar biasa. Komitmennya terhadap kemanusiaan, dan perjuangannya mewujudkan keluarga yang bahagia, memberikan inspirasi dan semangat bagi kaum wanita dunia untuk tidak mengenal lelah melakukan hal yang sama. Menjadi isteri, ibu, dan sekaligus public figure yang baik dan sempurna memang tidak mudah dilakukan oleh setiap orang. Namun seorang Lady Di telah berjuang keras meraihnya (meski gagal) di antara goncangan hebat kehidupan peribadinya. Bukan hasil yang dipentingkan di sini, tetapi proses untuk mewujudkannya.




P/s : Terjemahan... harap maaf ayat tunggang langgang....hehehe....

Wednesday 27 April 2011

Basikal Baru Pink Colour

Basikal Kayra dah lama tau mama papa. Bukan yang ni... Kayra cakap basikal yang kat atas tu....


Boleh tak mama belikan kayra basikal yang baru ??


Kayra teringin la basikal colour pink  macam ni....


kayra kan suka pink...


suka jugak yang ni....


atau yang ni....


ingatkan papa nak beli dah, tapi takkk........

rupa-rupanya papa nak beli kat tempat lain...


Dapat gak Kayra basikal colour pink, ada bakul tertutup kat depan....

Kayra happy sangat tau...

Tuesday 26 April 2011

Bersama Dr Aishah

Hari ni pi Komtar untuk sessi ceramah Program Kesedaran Pencegahan dan suntikan Imunisasi  (Kanser Pangkal rahim). Penceramahnya Dr Aishah. Doktor ni ada klinik bersalin kat Sungai Petani. Tak pernah jumpa dia tapi boleh kenal dia sebab kakak pernah bersalin kat Klinik dia dan dia sambut kelahiran baby, itu cerita 20 tahun lepas...hehehe...

Ok la dengar ceramah dia, ngeri dan enjoy. Ngeri sebab awal-awal lagi dia dah tunjuk video asal kanser ni, gambar bedah. Tutup mata gak tgk. Insaf sekejap, sebab aku tak pernah buat pap smear lagi.  Cara penyampaian dia pun ok, banyak gak persoalan terjawab. Harap-harap aku dijauhkan dari penyakit ni.


Semua dah ready, meja pun penuh, gambar tgh ceramah aku tak ambik plak.




ini la Dr Aishah, katanya 4 , 5 tahun lepas dia gemuk. Sekarang dah kurus.



Ramai beratur untuk bercakap dengan Dr Aishah, dan beli produk yang dia jual.


Singgah makan sebelum balik. Kat atas tu gambar Hisyam, Diana ngan Mahani.


Lauk pauk kat kedai ni. Banyak. Rambang mata.


Makanan tengahhari tuan punya blog.

Diana dan mahani sedang menikmati makanan masing-masing.


Sedikit cerita pasal ceramah, banyak gambar pasal makan-makan.... Ingat...Dr Aishah kata kena kuruskan badan.....!!!!

Monday 25 April 2011

Nasi kuning...

Pada pagi yang indah permai. Lapaq la, sebab tak sarapan lagi. hajar ajak teman dia pi klinik sebab dia selsema. Nak pi Klinik jammy Suzana kat Transkrian. pastu dia tanya pagi ni kita nak makan kat mana?? Dah alang alang nak makan kat Transkrian, kita pi parit Buntar ja ja, makan nasi kuning. Dia kata ok, so akupun sama ok ja la. Dah bagi cadangan orang tu plak setuju ya dakkk ???

Aku kerja kat Jawi, Penang. Sarapan kat Perak. Dengar macam jauh ja... tapi sebenarnya dekat ja, adalah perjalanan dalam 6 7 minit kalau tak sangkut kat mana mana dan pedal minyak ditekan strata dengan kelajuan 80km/j ( Angaran kelajuan sebuah kereta kelisa) kereta kelisa Hajar la, ye dakk ??....

Oleh kerana hari ni 25 hb, gaji masuk, Hajar nak tekan duit sat. aku tak ambik awai-awai, satgi banyak tempat aku sangkut lak. Almaklumlah baru pi Seminar BMW......

Apabila sampainya kat kedai tu, tak ramai orang. Jadi terus pi ambik makanan. Pulun sepinggan penuh aku ambik nasi dengan lauk pauk. tapi makan tak habis, nasib baik tak habis. Tapi rugi ja.... Ingat... Syaitan suka orang yang membazir.... hehehe... lain kali tak buat lagi...

dah la, tengok gambar lagi baikkk... ye dakkk ???....


Kedai biasa-biasa ja tapi masakannya sedap dan berminyak hehehe... masa kami sampai orang tak ramai.....

sarapan Hajar.....

sarapan saya....

                                   
 Tuan kedai, kat atas tu nama kedai dia. NASI LEMAK SERI KUNING.





Ikutkan hati nak ja tangkap gambar lauk pauk, tapi seganla... apa plak orang cakap. macam reporter plak rasa....

Friday 22 April 2011

B.M.W...

Kemarin ( orang utara kata kemarin untuk semalam), aku ada pi seminar BMW ( bijak mengurus wang) kat Hotel Pearl View. Start dari pukul 9 pagi (katanya) sampai 5ptg (katanya)...Best gak, banyak cerita untuk ganda-gandakan duit dan nak menyimpan untuk anak-anak.

Perasan tak, ini post aku yang ketiga untuk hari ni, banyak betul peristiwa yang berlaku, sampaikan takdan dan tak tau nak tulis yang mana dulu. Malam pun ada cerita gak tapi takpa la, yang tak berapa nak best takyah la cerita semua, satgi jadi macam artis ja. Nanti orang kata aku paparazzi plak, sikit-sikit nak bergambar.

Berbalik pada kisah BMW. Bukan kereta ya, pi seminar pun bukan naik BMW, naik wira kereta jabatan ja. Satu kereta berempat termasuk driver, penumpangnya tak lain tak bukan, aku, diana n mahani. Sampai sana lapar tapi takleh makan lagi. Lepak-lepak sambil dengar lagu blues. pukul 9 baru start. Pastu layan ceramah sampai pukul 1030pg, minum pagi, sambung ceramah, pukul 12 makan lagi. Pukul 2 sambung ceramah lagi. tapi sessi petang spesifik untuk ibubapa ja la. Petang pukul 4 dah settle semua.
Aku dok dengar ceramah sambil dok tahan sakit kepala. Lepas telan panadol sebijik kak era bagi, ok dah kepala tak sakit lagi. Tapi best  sebab tak lalu makan nasi (benda lain aku bedal jugak...) Hehehe.....

 Keadaan dewan ceramah, orang dah start ramai tu....


       Buku simpan kira-kira ( apa ntah)...diorang bagi ....


                    Bergambar dulu sebelum dengar ceramah.


              Jeng jeng jeng...salad je ??...ini pinggan kedua...hehehe...


               mama kayra dengan gaya tersendiri...


                    Sembang-sembang sambil makan.



               Kak era dok kung kang kung kang... cerita apa ntah...



ituah cerita sehari di seminar BMW.  hehehe....

Adakah kita sedar....???







Aku terlanggar seorang asing semasa berjalan,
"Oh maafkan saya, saya tak perasan"

Katanya "Maafkan saya juga,
Saya tak nampak saudara"

Kami amat bersopan dan saling menghormati,
Kami saling melambai sambil berlalu pergi,

Tetapi di rumah lain pula ceritanya,
Bagaimana kita melayan orang tersayang, tua dan muda,

Lewat petang, tika memasak makan malam,
Anak kecilku berdiri di dapur secara diam-diam,

Bila berpaling aku hampir melanggarnya jatuh,
Jerkahku, "Jangan buat kacau di sini, pergi main jauh-jauh"

Dia berlalu pergi, hatinya hancur luluh dan beku,
Aku tak sedar, bertapa kasarnya kata-kataku,

Sedangku berbaring di katil mendengar muzik,
Terdengar suara halus datang membisik,

"Bila bersama orang tak dikenali,
Begitu bersopan dan merendah diri,
Tetapi ahli keluarga tersayang, sering dimarah dan dicaci",

"Cubalah kau pergi lihat di lantai dapur,
Kan kau temui bunga-bungaan berterabur",

"Itu adalah bunga-bunga dibawanya untuk kamu,
Dia memetiknya sendiri, kuning, biru dan unggu",

"Dia berdiri senyap agar jadi kejutan buat kamu,
Kamu tak pernah sedar airmatanya yang datang bertamu",

Pada tika ini, aku merasa amat kecil sekali,
Airmataku mencurah ibarat air di kali,

Senyap-senyap ku kebiliknya, dan melutut di katil,
"Bangunlah, anakku, bangunlah si kecil"

"Apakah bunga-bunga ini dipetik untuk mak?
Dia tersenyum, "Adik terjumpanya belakang rumah di semak"

"Adik memetiknya kerana ia cantik seperti ibu,
ibu tentu suka terutama yang unggu,

"Maafkan ibu, atas sikap ibu hari ini,
Ibu tak harus menjerkah kamu, sebegini,

Katanya,"Oh, ibu, itu tak mengapa,
Saya tetap sayang ibu melebihi segala,

Bisikku, "Anakku, ibu pun sayang kamu,
dan ibu suka bunga itu, terutama yang unggu,

Kredit to Anaryu/ cari forum

mama sayang kamu